Wednesday, 28 December 2016

JENIS TERAPI GARAM

PERBEZAAN BAGI SETIAP JENIS GARAM 


1) Garam Aura Rezeki Botol Merah 

-adunan 1 jenis mawar dan doa

-khusus untuk masalah aura, gangguan, ikhtiar hamil, perhubungan, rezeki


2) Garam Aura Natural Botol Hijau

-tiada adunan mawar, hanya garam semata-mata dan doa

-khusu untuk masalah aura, gangguan, ikhtiar hamil, perhubungan, rezeki


3) Garam Aura Lady Millionaire Botol Hitam

-adunan 7 jenis mawar + doa

-khusus untuk gangguan sihir kronik & perniagaan


4) Garam Aura Romantika Botol Pink 

-adunan mawar + doa

-khusus untuk rumah tangga, suami isteri, kasih sayang dan romantik, anak-anak yang ada krisis dengan ibu ayah


5) Garam Aura Sukses Maskulin Botol Biru 

-adunan bunga telang + doa

-khusus untuk keyakinan diri, motivasi, lemah semangat, keberanian, aktif


AnNur Hidayatullah 

Monday, 30 May 2016

MANDI AIS + GARAM BUKIT+ PATI BUNGA + DOA SYIFA & PENDINDING ALAMI !

KHASIAT MANDIAN AIS

Oleh: Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.



Air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah).
.
Ada satu benda tetapi banyak penyakit dalaman dan luaran dapat disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.
.
Air bersama ais adalah ubat (dengan izin Allah) bagi penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan fizikal manusia seperti:
.
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
.
Iaitu dengan mandi air ais dan minum air ais.
.
Bahkan ianya merupakan ubat yang berkesan bagi penyakit yang berkaitan dengan Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais walaupun di musim sejuk dan walaupun ketika dijangkiti dengan influenza, selsema dan batuk yang sangat teruk.
.
Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.
.
Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.
.
Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.
.
Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka).
.
Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.
.
Dan ada sekelompok wanita yang menghadiri ceramah Prof. Syeikh Abd Majid Azzindani HafizohULLAH ketika itu,
.
menyatakan kami bersumpah dengan nama Allah!
Bahawa kami telah mengamalkan perkara ini kerana mengikuti nasihat kamu pada tahun lepas wahai Syeikh dan hari ini,
kami dapat lihat perbezaan yang sangat besar dan mendapat kesembuhan daripada banyak penyakit.
.
Ayat 41-44: Kisah Nabi Ayyub ‘alaihis salam, ujian yang diterimanya dan kesabarannya.



 Terjemah Surat Shaad Ayat 41-44

41. [1]Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya[2], "Sesungguhnya aku diganggu setan dengan penderitaan dan bencana[3].”

42. (Allah berfirman), "Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.”

43. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan Kami lipat-gandakan jumlah mereka sebagai rahmat dari Kami[4] dan pelajaran bagi orang-orang yang berpikiran sehat[5].

44. Dan ambillah seikat (rumput) dengan tanganmu, lalu pukullah dengan itu dan janganlah engkau melanggar sumpah[6]. Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba[7]. Sungguh, dia sangat taat (kepada Allah)[8].
.
Dan sebagaimana doa Rasulullah SAW:
اللهم اغسلني عن الذنوب والخطايا بالماء والثلج والبرد
.
Ya Allah bersihkanlah diri aku daripada dosa,kesalahan dengan air,salji dan (air) sejuk.
.
Maha Suci Allah!!!
.
Kebaikan- kebaikan mandi dengan air sejuk terlalu banyak sehinggakan Allah Azza Wa Jalla telah berfirman kepada hambanya yang soleh iaitu Nabi Ayub A.S,
.
ketika Allah mengkhendaki kesembuhan bagi hambaNya daripada penyakit,


Kebaikan- kebaikan air sejuk sangat banyak yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan tidak ramai yang mengamalkannya.
.
Bagi kami, cukuplah kisah Nabi Ayub A.S yang sembuh menggunakan air sejuk.
Kesan dan kebaikan air sejuk keatas tubuh manusia adalah:
.
1. Mengurangkan pembengkakan anggota
.
2. Menegangkan kulit dan mencegah kedutan kulit
.
3. Membaik pulih sistem pernafasan manusia
.
4. Mencergaskan badan dan tekanan otot jantung
.
5. Menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit
.
6. Mencergaskan kelenjar tiroid dan melambatkan keletihan badan.
.
7. Meningkatkan sistem nervosum, yang membantu kecepatan tindak balas manusia
.
8. Mencergaskan otot jantung manusia dan meningkatkan daya tahan manusia untuk menerima berita- berita yang tidak baik.
.
9. Mengaktifkan kelenjar pankreas dan ianya akan menghasilkan hormon insulin yang akan mempercepatkan pemprosesan gula dalam darah.
.
Oleh sebab itu kita melihat ramai orang- orang tua yang sihat di negara besar seperti china kerana mereka sentiasa mandi secara beramai- ramai di tasik- tasik yang sejuk, yang suhunya mencapai kepada tahap sejuk beku.
.
Dengan cara ini, ia akan meningkatkan antibodi badan dan membaiki sistem organ dalaman manusia.
.
Oleh kerana itu, janganlah kita mengabaikan penggunaan air sejuk ketika kita mandi.
.
10. Bagi mereka yang ada masalah was- was juga dinasihatkan untuk menggunakan air sejuk kerana ianya dapat memusnahkan sihir dan gangguan.

Sebagaimana firman Allah:
وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ
.
Maka ketika itu, Allah menyembuhkan nabi Ayub dengan memerintahkan hambaNya mandi dengan air sejuk.
.
.

INFO MENARIK

✨ Air sejuk yang Nabi Muhammad salla allahu alai hi wasalam minum ialah air yang disimpan semalaman di dalam bekas tertutup. 
.
✨Kebiasaannya orang arab simpan air dalam takar atau bekas yang dibuat dari kulit unta.
.
✨Jika di Malaysia, kita boleh simpan air dalam labu sayong untuk mendapatkan air yang sejuk.




.
.
.


Berendam Air Sejuk

Hadis riwayat At-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’:

“Apabila salah seorang diantara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka – hendaklah ia memadamkan api itu dengan air sejuk dengan berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia mengucapkan:

“Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”

Lalu berendam(menyelam) sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah."


Kata-kata kunci dalam hadis tersebut boleh dihuraikan seperti berikut:-

"Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka..”

Walaupun di dalam hadith ini disebut demam,tetapi rawatan ini nyata amat berkesan untuk merawat rawatan penyakit panas yang lain seperti : 
💊kanser
💊HIV
💊hepatitis
💊gout
💊stroke
💊gangguan makhluk halus
💊jangkitan
💊keradangan
💊migraine
💊masalah kardiovaskular
💊tekanan darah tinggi
💊semua keadaan yang berpunca dari 💊“oxidative stress”
💊berlebihan toksin & asid



 “..hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir.”


Sekiranya pesakit mampu berjalan maka berendam di sungai adalah yang terbaik
kerana komposisi mineralnya yang tinggi. 
.
Jika pesakit boleh bangun tetapi tidak mampu untuk berjalan maka boleh dijiruskan air yang sejuk, dan sekiranya pesakit langsung tidak dapat bangun , maka jerlunkannya dengan air yang sejuk sekerap yang boleh.


AIS

Ais adalah “painkiller” semulajadi. Penggunaannya di dalam rawatan dikenali sebagai “cryotherapy” atau “cold therapy”.
.
Terapi ini kini digunakan untuk merawat kanser yang menyerang hati, paru-paru dan buah pinggang.
.
Terapi sejuk melegakan tisu yang meradang dan menghalangnya daripada terus berlakunya kerosakan.
.
Terapi mandian air sejuk membantu mengeluarkan kotoran metabolisma yang merbahaya dari otot-otot.
.
Rasulullah saw pernah berdoa:

“Ya Allah, bersihkanlah diriku dengan air, air batu dan embun.”
.
Di sini, “bersihkanlah” tidak bererti secara fizikal atau zahir tetapi kebersihan secara spiritual, dari segi jiwa dan rohani.
.
Hanya air yang sejuk boleh melakukannya. Ini adalah bersangkut-paut dengan hukum makruh  mengambil wudhuk dengan air yang telah dipanaskan dengan pancaran matahari.


“Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari.’

kenapa disebut waktu mandian di sini iaitu selepas fajar.
.
suhu air sungai pada waktu itu yang paling rendah, seperti sejuknya air batu.



“Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”


Nyata di sini bahawa tanpa menyerah diri dan tanpa keimanan terhadap penyembuhan  yang hanya akan berlaku dengan izinNya, tidak ada ertinya pada mandian yang dilakukan walaupun di dalam suasana yang sempurna.


“Lalu menyelam sebanyak tiga kali..”

Semasa mandian di dalam kolam, dikehendaki menyelam sebanyak tiga kali.
.
Amalan ini adalah supaya tekanan dari air menolak segala unsur yang negative atau unsur yang tidak patut berada dalam tubuh badan samada dalam bentuk gas, cecair atau pepejal.
.
Bermacam-macam benda akan kelihatan atau dibau dalam air yang mana pesakit akan dapat melihatnya atau merasanya sendiri.
.

“..selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.”
.
Dalam kebanyakan kes, tiga hari sudah mencukupi kecuali kes kronik seperti angin ahmar dan kanser di mana mandian selama tujuh hari berturut-turut adalah perlu.



SARANAN AN-NUR HIDAYATULLAH :

Amalkan mandian/rendaman air + ais + GARAM BUKIT AURA REZEKI / GARAM BUKIT LADY MILLIONAIR 

.
KENAPA? 
.
GARAM BUKIT AR SUDAH DI ADUN DENGAN PATI MAWAR
.
GARAM BUKIT LADY MILLIONAIR SUDAH DI ADUN 7 AROMA PATI BUNGA TERPILIH
.
PLUS SUDAH DIBACA DOA SYIFA DAN RUQYAH!


INFO MENGENAI GARAM BUKIT HIMALAYA & AROMATERAPI (PATI BUNGA)

Garam

Oleh kerana Garam Bukit Himalaya mengandungi 84 jenis mineral dan trace elements, rendaman boleh membantu dalam keadaan kurang mineral (mineral deficiency).

Aromaterapi - Bunga dan Pati Bunga

Aromaterapi telah diasaskan oleh tokoh-tokoh  sains Islam (Ibn al-Baitar, pakar botani dan penemu bahan aktif dalam bunga-bungaaan dan Ibn Sina, pencipta kaedah mengekstrak pati dari proses penyulingan) dan merupakan sebahagian yang penting dalam sistem Perubatan Islam.
.
Pati bunga boleh merangsang pembinaan tisu dan merangsang sel saraf dengan menambahkan kadar oksigen dan nutrisi ke dalam sel-sel tersebut. 

Mandi Air Sejuk

Dalam Sahih telah dipastikan bahawa Rasulullah SAW telah berdoa pada Tuhannya:“Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa-dosaku dengan air salji dan ais”.

Fakta penting dalam hadis ini ialah penyakit dirawat dengan yang berlawanan dengannya.
.
Dosa-dosa adalah bersifat panas dan merupakan pembakaran. Ia membawa dua kesan iaitu: penodaan (pencemaran) dan kelemahan.
.
Oleh itu rawatan mandi air sejuk bertujuan untuk melenyapkan api itu lalu menguatkan jantung yang sepatutnya bersifat sejuk.
.
Air sejuk mempunyai sifat-sifat menguatkan tubuh yang tiada dalam air panas.
.
Mandian air sejuk adalah satu kaedah sebagai asas perubatan jasmani dan rohani. .
Mandi air sejuk merangsang deria-deria, menguatkan roh, menambahkan kadar oksigen di dalam darah, mengekalkan cas-cas ion -ve pada kulit, meningkatkan sistem imun, menguatkan tulang dan merawat penyakit.

Firman Allah SWT:
Maka Kami kabulkan permohonannya (Nabi Ayyub a.s.) serta Kami perintahkan kepadanya: “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”



Dari firman Allah SWT di dalam ayat-ayat tersebut nyata air yang sejuk: 
penawar untuk penyakit rohani dan jasmani .
dapat memperbaiki keadaan dan kedudukan manusia di dalam kehidupan hariannya. 
.
menguatkan hati seseorang supaya ia dapat bersabar dan redha atas musibah-musibah yang menimpanya.
.
Kekuatan roh, hati dan iman juga dapat menjauhkan diri daripada syaitan yang sentiasa mempengaruhi manusia supaya berputus asa, sedih, kesal dan berdendam. 
.
Menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan pemikiran dan sikap yang positif adalah lebih mudah dilakukan jika mandian harian adalah dengan air yang sejuk.

Dari segi metafizik, mandi air sejuk akan menguatkan tenaga spiritual dan daya magnetik tubuh.
.
Juga akan membersihkan medan tenaga elektromagnetik
.
Meleraikan frekuensi-frekuensi yang membinasakan di sekeliling tubuh. 
.
Ketiga-tiga faktor ini akan menentukan gelombang-gelombang mana yang ditarik samada gelombang jarak dekat yang positif atau baik atau gelombang jarak jauh yang negatif dan memudharatkan dan merugikan.

Minuman Sejuk

Dalam riwayat Tirmidzi disebutkan, Rasulullah SAW bersabda; “Demi Allah, yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya. Di antara nikmat Allah yang akan diminta perlindungannya pada hari kiamat adalah tempat berteduh yang sejuk, kurma (muda) yang baik dan air yang sejuk.”
.
Di dalam suatu doa Rasulullah SAW ada menyebut:“Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk.”
.
Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
.
Saidatina Aisyah (r.ha.) meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk.”
.
Hadis bermaksud, Baginda SAW mengemariminuman manis dan sejuk, iaitu sama adacampuran madu atau ‘nabiz’ (rendaman buah tamar).


Sunday, 29 May 2016

DOA UNTUK KASIH SAYANG , PELEMBUT HATI & JODOH.



DOA UNTUK KASIH SAYANG , PELEMBUT HATI & JODOH.






Bermaksud:
"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…” (Surah Yusuf :4)

Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39


Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Surah Thaha : 39)


Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini.
.
Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya.
.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.
.
Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali.


Cara mengamalkannya :

Baca Kedua-dua potongan surah yusuf ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
.
Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar mendapat jodoh.
.
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf.
.
Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.


Kaedah Lain :


1.Sering memberi salam di dalam rumah kepada pasangan / anak-anak / adik beradik/ ahli keluarga/ ibu bapa dengan lafaz "Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh"

2.Sering memberi hadiah dan memuji.

3.Banyakkan selawat.

4.Amalkan terapi mandian garam bukit aura.

5.Menghidupkan sunnah Rasulullah salla allahu alaihi wasalam dalam keluarga.






Testimoni  Jodoh :








Testimoni Rumah Tangga & Suami :















Berminat untuk terapi mandian garam buat sendiri di rumah klik SINI.

FB Page : An-Nur Hidayatullah

FAQ GARAM BUKIT

🔥FAQ GARAM BUKIT🔥

Bilakah waktu terbaik mandi mandian garam bukit AR ?
✨PALING AFDAL mandi garam di waktu pagi sebelum Subuh selepas jam 12.00 tengah malam.

Ketika ini gelombang TENAGA BUMI SANGAT KUAT.

TENAGA BUMI menyumbang kepada PEMBESARAN AURA. 

KESAN TERBAIK SELEPAS MANDI, SAMBUNG QIYAMULLAIL,SOLAT SUNAT TAHAJUD,BACA QURAN DAN ISTIGHFAR DI WAKTU SAHUR.


Macam mana , saya bangun lepas Subuh? Subuh terlepas?
 ✨Jika tidak sempat sebelum subuh, boleh mandi garam  selepas subuh sehingga 12.00 tengah hari.

Jika masih tidak sempat, sebelum 6 petang. (kes sihir dan gangguan terkecuali)

p/s : Solat Subuh jangan lupa ganti jika tertinggal.




Berapa kali perlu mandi mandian Garam Bukit AR dalam sehari ?

✨ 1 hari, 1 kali sahaja mandi garam


Wajib pakai kain basahan ?

✨Pakai kain basahan @ kain batik masa mandi adalah WAJIB! Malaikat hendak doakan kita, Malaikat makhluk yang pemalu.


Apakah maksud mandi garam bilasan terakhir ?

✨Mandi garam untuk bilasan terakhir.

✨Maksud bilasan terakhir, setelah selesai gosok gigi, cuci muka, sabun badan & syampu .

Bilasan terakhir mandi ambil air garam,  & jirus dari kaki hingga kepala.


Apa jadi jika skip mandi mandian garam,bolehkah?

 ✨Jangan skip walaupun sehari dalam tempoh 21  hari pertama untuk penggunaan GARAM BUKIT AR.

✨Jangan skip walaupun sehari untuk tempoh 14hari pertama untuk penggunaan GARAM BUKIT LADY MILLIONAIR.

✨Jangan skip walaupun sehari untuk tempoh 40 hari bagi gangguan sihir dan yng berkaitan.

✨Sel baru badan kita hidup setiap 21 hari & TABIAT terbentuk dalam tempoh 21 hari juga !

Bagaimana jika sudah skip ?

✨Ulang kembali, kira balik dari hari pertama.


Doa dan niat perlu senaraikan ?

✨Senaraikan segala niat @ hajat

✨niat mestilah sama setiap hari

✨niat mestilah jelas & khusus

✨10 niat bole, 100 niat pon bole bergantung kepada diri individu


Siapakah Yang Boleh Guna Garam Bukit?

✨ Bayi - Dewasa (orang tua)




✨Lelaki & Wanita



Adakah boleh di amalkan ketika Uzur Syarie @ Period @ menstrual ?

✨ Ketika uzur @ period boleh mandi garam bukit!


Bolehkah semasa mandi mandian garam bukit Ar tidak membasahkan rambut ?

✨ Boleh. Cuma perlu sekadar ratakan air garam di wajah, ubun rambut kepala & celah telinga

Penghidap MAGRAIN boleh guna?

✨Boleh, di permulaaan adakalanya berlaku sedikit tindak balas tanda proses pemulihan dan perubatan sedang berlaku. Ramai yang sembuh dari MAGRAIN.Alhamdulillah.


Mangsa SIHIR/SANTAU dan lain-lain gangguan boleh guna?
✨ Boleh. Amat digalakkan untuk berusaha ikhtiar dengan garam bukit.

KAEDAH :
🔥MASA MANDI :
SELEPAS ASAR SEBELUM MAGHRIB
🔥BAHAN DIPERLUKAN :
1)Garam Bukit AR - 5 sudu
2)Ais Batu - 3litre (2 bekas ais krim 1.5ltr)
3)Air
4)Limau Nipis - 1 biji (dipotong 7)

-campur kesemua bahan dan wajib baca

Astaghfirullahalazhim 3x
Bismillahirahmanirahim 11x
ya Allah 11x
ya Muhammad 11x
ya Allah ya Muhammad 11x

doa di bawah 7 kali



doa anda

tutup dengan selawat nariyah / selawat al fateh.




p/s : Kaedah ini di sarankan digunakan bagi mereka yang turut mengalami MAGRAIN,PENYAKIT KULIT YG ANEH,SESAK NAFAS YG BERULANG KALI WALAUPUN SUDAH BERTEMU DOKTOR,KANSER, INSOMNIA,MASALAH JIWA , STRESS , HALUSINASI, SAKIT LUTUT KETIKA SOLAT,PANAS BARAN, MALAS SOLAT & NAFSU SEKS MELAMPAU.

TEMPOH MASA : MANDI 40 HARI BERTURUT-TURUT

SEMASA MANDI : PAKAI KAIN BASAHAN WAJIB

DI AWAL PERMULAAN BERLAKU TINDAK BALAS SAKIT-SAKIT DAN LAIN - LAIN TETAPI WAJIB ISTIQAMAH DAN TERUSKAN MANDIAN DENGAN NIAT IKHTIAR ALLAH YG MENYEMBUKAN.




Apa beza garam bukit yang lain dengan GARAM BUKIT ?

✨Garam Bukit disaring dan di adun dengan pati bunga mawar serta telah dibacakan doa syifa dan ayat ruqyah. Bukan sekadar garam bukit biasa.

Apa kegunaan GARAM BUKIT AR ?

1)MANDIAN
2)RENDAMAN KAKI
3)RAWATAN RESDUNG

AURA REZEKI jual garam bukit sahajakah? 

✨Kami mempunyai rangkaian pelbagai produk boleh rujuk di sini → RANGKAIAN PRODUK 


Saya berminat mahu beli ?
Berminat untuk terapi mandian garam di rumah klik SINI.

FB Page : An-Nur Hidayatullah

Saturday, 28 May 2016

TATA CARA PENGGUNAAN GARAM BUKIT AURA


KAEDAH MANDIAN TERAPI GARAM BUKIT HIMALAYA

1. Memakai Kain Basahan
2. Niat Mandi Sunat Taubat :
Sahaja aku mandi sunat taubat kerana Allah, Ya Allah ampuni dosa aku yang lalu,sekarang, akan datang, yang sengaja dan tanpa sengaja.
3.Mandi dan syampu seperti biasa. Dan bilas dengan air bersih.
4.Baldi yang di isi air, garam dan ais/limau nipis/limau purut (optional) di putar arah lawan jam dan di baca selawat dalam hati dan doa yang di hajatkan. Jika baca dalam bilik mandi,baca dalam hati.
5.Siram air garam tersebut dalam bilangan ganjil sambil niat dan visualisasi impian anda di sertai rasa syukur dan cukup. Ratakan di setiap tubuh biar meresap ke dalam liang roma.
6. Terus berwudhu jangan di bilas dengan air lain. Jangan risau garam ini tidak melekit.

**Untuk kali pertama mandi secara berturut² 21 hari ( *normal )
**Untuk kali pertama mandi secara berturut² 40 hari ( *gangguan sihir/saka/makhluk halus/santau/ain/hasad )
**Untuk *kes berat sehari 2 kali

Sukatan Garam :
Permulaan : 2/3 sudu untuk 3 hari pertama kemudian 1/2 sudu untuk hari seterusnya
Bayi :
4 bulan ke atas : Di larang rendam hanya mandi.
Rendaman untuk 6 bulan ke atas : ½ sudu
Yang mahu istiqamah & Berjimat ( Bukan Kes Berat ) : ½ sudu
Rendaman (Bath Tub) 20-30minit sahaja jangan lebih : 7 sudu

**Garam bukit himalaya sudah di adun dengan pati bunga mawar dan di baca doa syifa dan ruqyah. Luruskan niat dan mohon kepada Allah, garam hanya asbab Allah jua yang menyembuhkan dan mengabulkan**

Berminat untuk terapi mandian garam buat sendiri di rumah klik SINI.
FB Page : An-Nur Hidayatullah

PENAWAR MELEGAKAN RENGSA RESDUNG

RESDUNG


Masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.
.
Kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus.
.
Dapatkan nasihat doktor dan pada masa yang sama ikhtiar kaedah rawatan alami & rawatan Islam.



Bahan-bahan :

1 sudu garam bukit aura

1 gelas air suam

Kaedah :

1. Larutkan garam bersama air suam. Putar arah lawan jam.


2. Kemudian bacalah  : 

  • Bismillahirahmanirrahim 11x
  • Ya Allah 11x
  • Ya Muhammad 11x
  • Ya Allah Ya Muhammad 11x
  • al Fatihah 1x
  • Ayat Kursiy 1x
  • Selawat Syifa' 3x


*** Tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat Allah sembuhkan penyakit resdung & aafiatkan hidung kita.

Cara Beramal : 


Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') dan keluarkan beberapa kali.
Ulang dan amalkan 3 kali sehari sehingga penyakit reda.
Sebolehnya jangan di tinggalkan amalan ini.

Selain itu amalkan sunnah bersugi dengan kayu sugi kerana terdapat lebih 70 manfaat mengikuti Sunnah Rasulullah salla allahu alaihi wasalam.
.
Akhir sekali bertawakkal kepada Allah kerana yang menyembuhkan segala sesuatu adalah Allah.
.
Amalkan Zikir :
MasyaAllah Laa Quwwata Illa Billah 100x
Setiap hari amalkan.

FB Page : An-Nur Hidayatullah