Showing posts with label rawatan garam bukit. Show all posts
Showing posts with label rawatan garam bukit. Show all posts

Tuesday, 31 October 2017

BERSIHKAN DAPUR SEBELUM TIDUR

BERSIHKAN DAPUR SEBELUM TIDUR
PASTIKAN BASUH PINGGAN MANGKUK & BUANG SAMPAH SEBELUM TIDUR

Ada sebab tertentu sebenarnya,kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih.Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.

Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas kotor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.

Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang.

Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan.
Bahagian Sinki mesti bersih.

Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran Islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”

Pada satu sudut lain, Jin juga tidak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia. Tempat jin hendak bermain tiada sebab rumah kita bersih.

Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang-lubang kafakiran.

Kita yang lemah ini memang tidak dapat tafsir semua sunnah dan hikmahnya. 


FB Page : An-Nur Hidayatullah


Friday, 24 March 2017

MAAFKAN IBU & AYAH KITA

"You perlu maafkan ibu dan ayah you."

1 nasihat yang sering diulang kepada sesiapa pun yang bertanya tentang masalah yang dihadapi. 

.

Permulaan untuk keluar dari semua masalah sama ada gangguan sihir, masalah perniagaan, masalah sakit, masalah hubungan kekeluargaan kami di An-Nur Hidayatullah akan minta pelanggan untuk memaafkan ibu dan ayah.

.

Apa jua salah laku ibu dan ayah terhadap diri kita, kita perlu memaafkan dan redha.

.

Berdosa atau derhaka dengan ibu ayah ada pelbagai jenis. Selalu ramai yang beritahu mereka tidak tinggikan suara ataupun melawan. Mereka juga mengatakan mereka beri wang secukupnya.

.

Tetapi dalam hati ada dendam, ada benci, ada rasa tidak puas hati, rasa ibu ayah tidak berlaku adil antara adik beradik, persoal kenapa ibu ayah melebihkan adik beradik yang lain, persoal kenapa ibu ayah tidak faham diri, memandang rendah ibu ayah, menganggap ibu ayah tiada ilmu dan lain-lain hal yang seangkatan.

Derhaka termasuk juga jika tidak pernah telefon bertanya khabar.

Bahkan dikira juga derhaka, sekiranya tidak pernah mendoakan ibu dan ayah minimum 5kali sehari.

.

Kami tidak kata mudah.

Ada yang 10tahun baru boleh memaafkan ibu dan ayah.

Ada yang sampai mati tidak maafkan ibu dan ayah.

Ada juga Allah jadikan anak-anak juga tidak suka dan mempersoalkan diri mereka di hujung usia.

Ada juga yang memilih biarlah masuk neraka bersama ibu dan ayah. Nauzubillahi minzalik.

.

Pelbagai lagi rasa memberontak dalam diri terhadap ibu dan ayah.

Percayalah, tidak akan pernah bahagia hidup kita.

Pasti akan ada sahaja masalah di mana-mana dalam kehidupan kita.

.

Semat di dalam hati kita bukan mudah untuk menjadi ibu ayah. Amanah yang sangat besar. Dan ketahuilah mereka juga punya kisah silam & trauma yang perlu mereka rawat dan sembuhkan. Bukan mudah.

.

Jika kita sebagai anak tidak mendoakan, siapa lagi?

Jika kita tidak berusaha memaafkan, terima dan redha bagaimana mahu diterima Allah sebagai anak yang soleh & solehah, bagaimana doa-doa kita untuk ibu ayah kita hendak dikabulkan Allah?

Hanya doa anak yang soleh & solehah dapat menyelamatkan ibu ayah kita.

.

Sebab itu apabila mahu berubah, fokus kepada diri. 

Mahu jadi baik.

Mahu memafkan.

Berusaha berubah lebih baik.

.

Tahniah pada yang ikhtiar terapi mandian garam secara istiqamah sehingga kini.

Pada mereka yang mahu kehidupan lebih indah, indahkan diri mu.

Jika mahu mandi garam boleh whatapp kami.

Kita ikhtiar sampai jadi, insyaAllah.

.

Ya Allah jadikan kami anak yang soleh dan solehah.

Aamiin 

Allahuma solli ala sayyidina muhammad, wa ala alihi sayyidina muhammad.



#MaafkanIbuAyah #SayangiIbuAyah

#AnakSolehSolehah #TiadaYangSempurna

Saturday, 28 May 2016

TATA CARA PENGGUNAAN GARAM BUKIT AURA


KAEDAH MANDIAN TERAPI GARAM BUKIT HIMALAYA

1. Memakai Kain Basahan
2. Niat Mandi Sunat Taubat :
Sahaja aku mandi sunat taubat kerana Allah, Ya Allah ampuni dosa aku yang lalu,sekarang, akan datang, yang sengaja dan tanpa sengaja.
3.Mandi dan syampu seperti biasa. Dan bilas dengan air bersih.
4.Baldi yang di isi air, garam dan ais/limau nipis/limau purut (optional) di putar arah lawan jam dan di baca selawat dalam hati dan doa yang di hajatkan. Jika baca dalam bilik mandi,baca dalam hati.
5.Siram air garam tersebut dalam bilangan ganjil sambil niat dan visualisasi impian anda di sertai rasa syukur dan cukup. Ratakan di setiap tubuh biar meresap ke dalam liang roma.
6. Terus berwudhu jangan di bilas dengan air lain. Jangan risau garam ini tidak melekit.

**Untuk kali pertama mandi secara berturut² 21 hari ( *normal )
**Untuk kali pertama mandi secara berturut² 40 hari ( *gangguan sihir/saka/makhluk halus/santau/ain/hasad )
**Untuk *kes berat sehari 2 kali

Sukatan Garam :
Permulaan : 2/3 sudu untuk 3 hari pertama kemudian 1/2 sudu untuk hari seterusnya
Bayi :
4 bulan ke atas : Di larang rendam hanya mandi.
Rendaman untuk 6 bulan ke atas : ½ sudu
Yang mahu istiqamah & Berjimat ( Bukan Kes Berat ) : ½ sudu
Rendaman (Bath Tub) 20-30minit sahaja jangan lebih : 7 sudu

**Garam bukit himalaya sudah di adun dengan pati bunga mawar dan di baca doa syifa dan ruqyah. Luruskan niat dan mohon kepada Allah, garam hanya asbab Allah jua yang menyembuhkan dan mengabulkan**

Berminat untuk terapi mandian garam buat sendiri di rumah klik SINI.
FB Page : An-Nur Hidayatullah