BERSIHKAN DAPUR SEBELUM TIDUR
PASTIKAN BASUH PINGGAN MANGKUK & BUANG SAMPAH SEBELUM TIDUR
Ada sebab tertentu sebenarnya,kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih.Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas kotor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.
Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang.
Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan.
Bahagian Sinki mesti bersih.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran Islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”
Pada satu sudut lain, Jin juga tidak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia. Tempat jin hendak bermain tiada sebab rumah kita bersih.
Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang-lubang kafakiran.
Kita yang lemah ini memang tidak dapat tafsir semua sunnah dan hikmahnya.
FB Page : An-Nur Hidayatullah
No comments:
Post a Comment