Friday, 6 January 2017

FAEDAH MEMBACA & MENDENGAR AL QURAN

Mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting?


Menurut kajian yang di lakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Quran baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.

Jadi mengapa di dalam Islam ketika mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :

✅ Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apa pun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.
Maka sel-sel yang rosak ini harus di getarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara.

Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Perancis.

Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahawa membaca Al Quran dengan bersuara memberikan pengaruh yang luar biasa terhadap sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

✅ Seterusnya kajian ini membuktikan sel kanser dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al Quran akan memberikan impak yang hebat dalam proses penyembuhan penyakit kanser.

✅ Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci AlQuran dan di saat yang sama, sel-sel sihat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi. (QS Al Isra' : 82.)

➡Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana :

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL-SEL TUBUH ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI !

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

(QS  al A'raf :55)
وَأَنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
(QS al Isra : 10)


Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan ?
Ini kerana ada bacaan yg dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan memgembalikan sistem yang rosak.

Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar?
Ini kerana telah dibuktikan bahwa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya :

1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dengan murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan
2. Maka bacalah Al Qur'an, kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.

Selamat Membaca & Medengar alQuran.


No comments:

Post a Comment