Friday, 24 March 2017

MAAFKAN IBU & AYAH KITA

"You perlu maafkan ibu dan ayah you."

1 nasihat yang sering diulang kepada sesiapa pun yang bertanya tentang masalah yang dihadapi. 

.

Permulaan untuk keluar dari semua masalah sama ada gangguan sihir, masalah perniagaan, masalah sakit, masalah hubungan kekeluargaan kami di An-Nur Hidayatullah akan minta pelanggan untuk memaafkan ibu dan ayah.

.

Apa jua salah laku ibu dan ayah terhadap diri kita, kita perlu memaafkan dan redha.

.

Berdosa atau derhaka dengan ibu ayah ada pelbagai jenis. Selalu ramai yang beritahu mereka tidak tinggikan suara ataupun melawan. Mereka juga mengatakan mereka beri wang secukupnya.

.

Tetapi dalam hati ada dendam, ada benci, ada rasa tidak puas hati, rasa ibu ayah tidak berlaku adil antara adik beradik, persoal kenapa ibu ayah melebihkan adik beradik yang lain, persoal kenapa ibu ayah tidak faham diri, memandang rendah ibu ayah, menganggap ibu ayah tiada ilmu dan lain-lain hal yang seangkatan.

Derhaka termasuk juga jika tidak pernah telefon bertanya khabar.

Bahkan dikira juga derhaka, sekiranya tidak pernah mendoakan ibu dan ayah minimum 5kali sehari.

.

Kami tidak kata mudah.

Ada yang 10tahun baru boleh memaafkan ibu dan ayah.

Ada yang sampai mati tidak maafkan ibu dan ayah.

Ada juga Allah jadikan anak-anak juga tidak suka dan mempersoalkan diri mereka di hujung usia.

Ada juga yang memilih biarlah masuk neraka bersama ibu dan ayah. Nauzubillahi minzalik.

.

Pelbagai lagi rasa memberontak dalam diri terhadap ibu dan ayah.

Percayalah, tidak akan pernah bahagia hidup kita.

Pasti akan ada sahaja masalah di mana-mana dalam kehidupan kita.

.

Semat di dalam hati kita bukan mudah untuk menjadi ibu ayah. Amanah yang sangat besar. Dan ketahuilah mereka juga punya kisah silam & trauma yang perlu mereka rawat dan sembuhkan. Bukan mudah.

.

Jika kita sebagai anak tidak mendoakan, siapa lagi?

Jika kita tidak berusaha memaafkan, terima dan redha bagaimana mahu diterima Allah sebagai anak yang soleh & solehah, bagaimana doa-doa kita untuk ibu ayah kita hendak dikabulkan Allah?

Hanya doa anak yang soleh & solehah dapat menyelamatkan ibu ayah kita.

.

Sebab itu apabila mahu berubah, fokus kepada diri. 

Mahu jadi baik.

Mahu memafkan.

Berusaha berubah lebih baik.

.

Tahniah pada yang ikhtiar terapi mandian garam secara istiqamah sehingga kini.

Pada mereka yang mahu kehidupan lebih indah, indahkan diri mu.

Jika mahu mandi garam boleh whatapp kami.

Kita ikhtiar sampai jadi, insyaAllah.

.

Ya Allah jadikan kami anak yang soleh dan solehah.

Aamiin 

Allahuma solli ala sayyidina muhammad, wa ala alihi sayyidina muhammad.



#MaafkanIbuAyah #SayangiIbuAyah

#AnakSolehSolehah #TiadaYangSempurna