Saturday, 9 December 2017

IKHTIAR SOLAT DENGAN TERAPI SIRAMAN GARAM

Sebagai Umat Islam Solat adalah ibadah yg telah di wajib ke atas kita seperti yang termaktub dalam Rukun Islam. Peristiwa Isra & Miraj Nabi salla allahu alaihi wasalam, meaparkan kepada kita perjalanan baginda yang memohon di kurangkan bilangan solat dari 50 kepada 5 kali sehari semalam.

Solat juga merupakan ibadah pertama yang bakal di hisab oleh Allah di akhirat kelak. Justeru, itu solat sering di kiaskan sebagai tiang agama yakni perkara asas yang penting kepada umat Islam.

Solat itu bukan untuk Allah, tetapi kebaikannya untuk diri kita sendiri. Sebahagian dari pengguna GaramBukit, yang kami hormati dan kasihi, mempunyai masalah gagal menyempurnakan solat, solat tidak penuh dan tidak solat lansung.

Kegagalan solat akan mengundang murka Allah, masalah kesihatan, mudah terkena gangguan sihir,saka, aura badan melemah dan mengumpul toksik dan elemen negatif.

Apabila di tanya soal permasalahan mereka, perkara pertama kami akan bertanya adalah bab solat bagi mengenal pasti punca masalah.

Antara jawapan yang di terima,

"Saya tak solat"
"Saya solat kadang-kadang"
"Saya solat bila saya gembira je"
"Saya tak solat sebab Allah beri saya suami yang jahat"
"Saya tak pernah solat"
"Saya tak tahu solat"
"Selawat tu apa ye puan?"
"Dah bertahun tinggal Quran"
"Puan istighfar tu apa ya?"
"Puan mandi wajib bagaimana? Kalau period habis kemudian bersama suami tak mandi wajib boleh ke?"
"Sebenarnya bila nak solat je jadi malas sangat, suami banyak kali suruh solat, bila solat je sakit. Tak solat saya sihat."
"Bila nak solat asyik terlupa"
"Puan, saya dah comfirm ahli neraka, dah bertahun tidak solat, saya tak mampu nak solat"
"Saya solat ikut suami,dia solat saya solat"
"Saya kerja berat,penat sangat tak dapat solat. Tempat kerja susah solat."
"Puan, Rasulullah tu Nabi kita. Penting ke untuk kenal?"

Antara 5 solat, solat apa yang selalu tinggal ?
Majoriti sepakat menjawab SUBUH di ikuti ISYAK, MAGHRIB & ASAR.

Bila di tanya sebab berminat dengan TerapiMandianGaram, ini antara jawapan,

"Jiwa saya tak tenang"
"Asyik gaduh suami isteri"
"Rezeki tak masuk"
"Serabut"
"Penat dengan hidup"
"Saya asyik nak maki, marah dan panas baran"
"Anak-anak bermasalah"
"Suami asyik pukul"
"Asyik di tindas, di pulaukan"
"Saya nak berubah"
"Saya nak dekat dengan Allah"
"Saya nak jadi baik tapi saya tak boleh"

Terapi mandian garam bukit bukan Magis untuk ubah anda jadi lebih baik. Ia membantu anda detoks stress, detoks aura negatif yang terserap dan memberi kelegaan dan ketenangan jiwa. TerapiMandianGaram harus seiring dengan penyucian jiwa, muhasabah diri, membina sikap baru dan di isi dengan amalan zikir selama 21hari/40hari berturut-turut. Disiplin dan istiqamah adalah 2 perkara asas untuk berhijrah.

Waktu terbaik amalkan TerapiMandianGaram sebelum Subuh sehingga azan Subuh. Atau pun selepas Asar sebelum Maghrib.

Hijrah perlu Mahu > Tahu > Buat > Istiqamah
paling penting JANGAN MALU dan BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Jika anda benar-benar mahu berubah dan berikhtiar boleh memesan garam bukit dengan kami. 

No comments:

Post a Comment