Thursday, 27 December 2018

CARA MINUM MU : SUNNAH NABI @ SUNNAH SYAITAN?

===============================
Kaedah Minum Air Mengikut Sunnah
Cegah Maksiat & Syifa
===============================
Baiklah untuk perkongsian kali ini tentang tata cara minum air.
Semoga bermanfaat buat semua dan dapat kita terbiasa dengan sunnah ini. Aamiin Allahuma Aamiin.

====================================
⏩Kaedah Minum Air Cegah Maksiat
Dari Kalam Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
====================================
Nabi salla allahu alaihi wasalam minum air dengan 3 teguk .

Setiap teguk di mula dengan bacaan "Bismillahirahmanirahim" dan di tutup dengan bacaan "alhamdulillah".

Jika kaedah ini dibuat, asbab sunnah ini setiap zarah air yang masuk di dalam badan kita akan berperanan menutup rongga dan setiap sel dalam tubuh badan kita dari melakukan maksiat kepada Allah سبحانه وتعالى.

===================================
⏩Kaedah Minum Air / Ubat
Dari Kalam Abah Guru Sekumpul Ulama
di Indonesia
===================================
Setiap kali minum air putih(mineral/air masak) dan sebelum makan ubat di baca,

"Bismillahirahmahnirahim, bi niyyati syifa bi barakatil mustafa salla allahu alaihi wasalam."

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dengat niat kesembuhan berkat keagungan Rasulullah salla allahu alaihi wasalam"

Kemudian teguk air seperti kaedah Syeikh Mutawalli Syarawi.

======================================
⏩Kaedah Minum Air Biasa Menjadi Air
ZamZam
Dari Hubabah Nur Al Haddar
(Isteri Habib Umar Al Hafidz) Tarem,Yaman
======================================
Dengan membaca amalan di bawah ini. Apabila kita minum air putih biasa, maka air itu akan menyerupai air zam zam.

Kita tahu kesukaran untuk kita bagi mendapatkan air zam zam, makanya boleh kita bacakan amalan di bawah setiap kali sebelum minum.

Amalan ini telah di ijazahkan oleh Hubabah Nur Al Haddar (Isteri al Habib Umar bin Hafidz)


Kemudian teguk air seperti kaedah Syeikh Mutawalli Syarawi.

====================================
⏩Kaedah Doa  & Niat Minum Air Zam Zam
====================================
Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zam-zam berdoa:




Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat tinggi pekertinya, mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

⏩ Doa Dan Niat Minum Air Zam-Zam

Baca doa di atas kemudian baca doa ini ⬇
Ya Allah Sesungguhnya aku minum air zam zam ini dengan harapan Engkau (niat dan hajat anda) Ya Allah makbulkanlah.

Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata:

Orang yang meminum air Zam-zam itu:
  • Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengenyangkannya.

  • Jika dia minum untuk minuman, maka Allah سبحانه وتعالى memberinya minuman.

  • Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah سبحانه وتعالى akan menyembuhkannya dari penyakit.

  • Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengelokkan akhlaknya.

  • Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالى akan menghilangkannya.

  • Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengkayakannya.

  • Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah سبحانه وتعالى akan memakbulkannya.

  • Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالى melindunginya.

  • Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالى akan menghilangkan kesusahannya.

  • Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah سبحانه وتعالى akan membantunya.


Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam’ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim.

_______________________________________________
⏩Adapun Adab Umum Minum,

✅Minum dengan tangan kanan

❎Syaitan minum Dan makan dengan tangan kiri, dan orang yang minum dengan tangan kiri SOMBONG kecuali tiada tangan kanan.

❎Jika kidal sekali pun makan dan minum guna tangan kanan kecuali tiada tangan kanan.

✅Ada kisah, di zaman Nabi salla alahu alaihi wasalam, Nabi telah menegur agar dia menggunakan tangan kanan, tetapi dia masih mengadu beralasan yang dia tidak boleh guna tangan kanan untuk makan/minum, nabi salla allahu alaihi wasalam berkata "boleh", tetapi dia masih beralasan "tidak boleh", nabi salla allahuahu alaihi wasalam menegur dia dengan berkata , "bukan tidak boleh tetapi kerana kesombongan" Asbab itu sehingga hujung nyawanya dia tidak boleh makan dan minum dengan tangan kanan. Engkar kepada teguran Rasulullah salla aallahu alaihi wasalam.
(Ceramah agama yang pernah dengar)

✅Ada kisah nyata yang disampaikan oleh satu tim ruqyah mengenai seorang wanita penghafal quran yang kerasukan. Sungguh menghairankan, bagaimana mungkin syaitan boleh masuk ke dalam tubuh seorang yang banyak berinteraksi dengan al quran?

Salah seorang peruqyah bertanya kepada jin yang sedang beraksi tersebut. Jin itu menjawab melalui lisan wanita tersebut,

”saya sudah lama menunggu untuk boleh masuk ke dalam tubuhnya, saya masuk ke dalam tubuh perempuan ini saat dia minum dengan tangan kiri.”

Minum duduk (Kecuali Air Zam Zam)
  • Minum air halal dan berkhasiat
  • Minum air jangan membazir
  • Minum dari cawan bukan dari jug/cerek/bekas air
  • Minum baca bismillah paling kurang
  • Minum dengan niat baik, sudahi dengan alhamdulillah


Semoga bermanfaat,
AnNur Hidayatullah
FB : An-Nur Hidayatullah
Email : annurhidayatullah313@gmail.com

Friday, 21 December 2018

SUNNAH MINUM MADU YANG BETUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Abdul Ghaffar. Kepakaran saya adalah memenuhi keperluan makanan sunnah anda khususnya madu.

Sekarang ini terdapat banyak jenis madu dan sangat sukar untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan.

Bukan itu sahaja, banyak orang makan madu tanpa mengetahui cara yang betul makan madu yang betul bersesuaian dengan penyakit yang mereka hadapi.

Secara umum, madu adalah antara makanan yang disumpah oleh Allah dalam Quran yang menunjukkan kebaikannya yang begitu hebat.

Ini menunjukkan khasiat madu yang mampu mengubat segala penyakit. Tapi malangnya, kerana petua dan cara makan madu yang salah, menyebabkan ia tidak menjadi penawar.

Antara cara makan madu yang betul ialah:

1. Untuk antibiotic, masukkan air suam dan dicampur dengan madu.

2. Untuk tenaga, madu dimakan begitu sahaja 8 jam sebelum tidur.

3. Untuk penyakit di kepala, madu diminum bersama air sejuk antara waktu subuh hingga dhuha.

4. Untuk perut dan kelamin, madu dimakan antara waktu maghrib dan isyak.

Dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya tentang cara makan madu khusus untuk jenis penyakit.

Sarang Madu Asli
30g RM10
80g RM20
150g RM38
400g RM78
800g RM138

Madu Lebah Asli
450ml RM40

Madu Wild Honey Winnie's
250ml RM49
750ml RM128

Madu Italian Bee Honey Winnie's
250ml RM49
750ml RM128

Madu Asli Kelulut
450g RM100

Madu Asli Kelulut Winnie's
450g RM128

Madu Tualang Asli
450g RM80

Untuk maklumat lanjut, sila klik link di bawah atau whatsapp 0182465360

Klik SINI.

Sunday, 3 June 2018

BUKU : KISAH REZEKI LUAR BIASA SURI RUMAH

50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah

Assalamualaikum cikpuan dan tuan yang dirahmati Allah & disayangi nabi salla alllahu alaihi wasalam 😊

Buku ini sesuai untuk siapa? :

1. Koleksi peribadi khusus kepada isteri atau ibu yang bekerja atau yang mahu 'pencen awal' dan jadi permaisuri di rumah. Best tau jadi permaisuri di rumah. Walau pada mulanya takut, risau, serba serbi tak kena bila nak berhenti kerja, tapi jalan-jalan tu mudah bila kita pilih untuk hidup bahagia ! 😍

2. Hadiah suami kepada isteri , motivasi untuk mereka melalui kehidupan sebagai ibu dan isteri. Isteri bertambah sayang pada suami sebab memahami isi hati isteri. Ini juga tanda suami yang caring!  😉

3. Hadiah kepada kenalan yang rasa down, stress bab isu rezeki (kewangan, anak-anak, rumah, ketenangan hati dan lain-lain). InsyaAllah mereka mampu tersenyum dan melihat dunia itu luas dan penuh pintu-pintu kemudahan.

-200+ muka surat
-setiap helaian berwarna
-santai dan mudah di baca
-50 kisah menarik


>> RM46SM/RM50SS
Berminat untuk koleksi atau hadiah buat yang tersayang ?
FB Page : An-Nur Hidayatullah



TESTIMONI BUKU REZEKI LUAR BIASA SURI RUMAH

















































20 AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya:
 1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah 
tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
 2.        Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah 
, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi salla allahu alaihi wasalam:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
 3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah 
jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi salla allahu alaihi wasalam:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
 4.        Sentiasa ingat Allah 
Banyak ingat Allah 
buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
 5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah salla allahu alaihi wasalam berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda salla allahu alaihi wasalam juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi salla allahu alaihi wasalam :“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi salla allahu alaihi wasalam :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”(Riwayat Bukhari)
7.        Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah 
lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi salla allahu alaihi wasalam :
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah 
akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.        Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.        Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.     Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah salla allahu alaihi wasalam, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.     Menjalin silaturrahim
Nabi salla allahu alaihi wasalam bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”(Riwayat Bukhari)
 12.     Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah salla allahu alaihi wasalam dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. 
Baginda salla allahu alaihi wasalam bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.     Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah 
dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi salla allahu alaihi wasalam bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.     Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
.
 15.     Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah 
dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.     Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. 
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah 
berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
 17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, di iringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan di timpa kepapaan. Wallahu a’lam.
 18.     Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah 
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.     Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah 
berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.     Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. 
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi salla allahu alaihi wasalam bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung di beri rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada taqwa. Dengan taqwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan taqwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
**Garam bukit himalaya sudah di adun dengan pati bunga mawar dan di baca doa syifa dan ruqyah. Luruskan niat dan mohon kepada Allah, garam hanya asbab Allah jua yang menyembuhkan dan mengabulkan**
Berminat untuk terapi mandian garam di rumah klik 
FB Page : An-Nur Hidayatullah


PANAS BARAN, EGO & PEMARAH : TESTIMONI PENGGUNA GARAM AURA

===========================
MARAH, PANAS BARAN & EGO ?
===========================
Sifat marah mampu dihalang melalui sikap bersabar. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.
.
Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah سبحانه وتعالى yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
.
Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.
.
Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Rasulullah ﷺ.
.
Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah.
.
Disebabkan marah, ada rumah tangga yang porak-peranda dan runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.
.
.
.
Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sikap marah adalah:
1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4 Suka bercakap perkara sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Berlaku khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati.
.
.
.
Kesan Marah
.
Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah.
.
Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.
.
Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.
.
Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup dan malu melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya.
Bagi orang yang di marah mungkin akan berdiam diri, melawan dalam senyap dan kadang kala dengan kata-kata atau kekuatan.
.
.
.
Marah Terpuji
.
Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.
.
Rasulullah ﷺ mengajar dalam sabdanya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”
.
Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.
.
Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.
.
Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

Jom rawat PANAS BARAN, CEPAT MELENTING, CEPAT EMOSI, RENDAH DIRI, MURUNG, NEGATIF, EGO, PEMARAH yang tidak bertempat dan melampaui batas, dengan terapi mandian Garam Bukit Aura.

**Garam bukit himalaya sudah di adun dengan pati bunga mawar dan di baca doa syifa dan ruqyah. Luruskan niat dan mohon kepada Allah, garam hanya asbab Allah jua yang menyembuhkan dan mengabulkan**

Berminat untuk terapi mandian garam di rumah klik SINI. 
FB Page : An-Nur Hidayatullah




TESTIMONI PENGGUNA GARAM AURA - PANAS BARAN REDA














Berminat untuk terapi mandian garam sendiri di rumah klik SINI.
Whatapp : 011-6357 9697

FB Page : An-Nur Hidayatullah