===============================
Kaedah Minum Air Mengikut Sunnah
Cegah Maksiat & Syifa
===============================
Kaedah Minum Air Mengikut Sunnah
Cegah Maksiat & Syifa
===============================
Baiklah untuk perkongsian kali ini tentang tata cara minum air.
Semoga bermanfaat buat semua dan dapat kita terbiasa dengan sunnah ini. Aamiin Allahuma Aamiin.
Semoga bermanfaat buat semua dan dapat kita terbiasa dengan sunnah ini. Aamiin Allahuma Aamiin.
====================================
⏩Kaedah Minum Air Cegah Maksiat
Dari Kalam Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
====================================
⏩Kaedah Minum Air Cegah Maksiat
Dari Kalam Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
====================================
Nabi salla allahu alaihi wasalam minum air dengan 3 teguk .
Setiap teguk di mula dengan bacaan "Bismillahirahmanirahim" dan di tutup dengan bacaan "alhamdulillah".
Jika kaedah ini dibuat, asbab sunnah ini setiap zarah air yang masuk di dalam badan kita akan berperanan menutup rongga dan setiap sel dalam tubuh badan kita dari melakukan maksiat kepada Allah سبحانه وتعالى.
===================================
⏩Kaedah Minum Air / Ubat
Dari Kalam Abah Guru Sekumpul Ulama
di Indonesia
===================================
⏩Kaedah Minum Air / Ubat
Dari Kalam Abah Guru Sekumpul Ulama
di Indonesia
===================================
Setiap kali minum air putih(mineral/air masak) dan sebelum makan ubat di baca,
"Bismillahirahmahnirahim, bi niyyati syifa bi barakatil mustafa salla allahu alaihi wasalam."
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dengat niat kesembuhan berkat keagungan Rasulullah salla allahu alaihi wasalam"
Kemudian teguk air seperti kaedah Syeikh Mutawalli Syarawi.
======================================
⏩Kaedah Minum Air Biasa Menjadi Air
⏩Kaedah Minum Air Biasa Menjadi Air
ZamZam
Dari Hubabah Nur Al Haddar
(Isteri Habib Umar Al Hafidz) Tarem,Yaman
======================================
Dari Hubabah Nur Al Haddar
(Isteri Habib Umar Al Hafidz) Tarem,Yaman
======================================
Dengan membaca amalan di bawah ini. Apabila kita minum air putih biasa, maka air itu akan menyerupai air zam zam.
Kita tahu kesukaran untuk kita bagi mendapatkan air zam zam, makanya boleh kita bacakan amalan di bawah setiap kali sebelum minum.
Amalan ini telah di ijazahkan oleh Hubabah Nur Al Haddar (Isteri al Habib Umar bin Hafidz)
Kemudian teguk air seperti kaedah Syeikh Mutawalli Syarawi.
====================================
⏩Kaedah Doa & Niat Minum Air Zam Zam
====================================
⏩Kaedah Doa & Niat Minum Air Zam Zam
====================================
Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zam-zam berdoa:
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat tinggi pekertinya, mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
⏩ Doa Dan Niat Minum Air Zam-Zam
Baca doa di atas kemudian baca doa ini ⬇
Ya Allah Sesungguhnya aku minum air zam zam ini dengan harapan Engkau (niat dan hajat anda) Ya Allah makbulkanlah.
Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata:
Orang yang meminum air Zam-zam itu:
- Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengenyangkannya.
- Jika dia minum untuk minuman, maka Allah سبحانه وتعالى memberinya minuman.
- Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah سبحانه وتعالى akan menyembuhkannya dari penyakit.
- Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengelokkan akhlaknya.
- Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالى akan menghilangkannya.
- Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengkayakannya.
- Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah سبحانه وتعالى akan memakbulkannya.
- Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالى melindunginya.
- Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالى akan menghilangkan kesusahannya.
- Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah سبحانه وتعالى akan membantunya.
Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam’ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim.
_______________________________________________
⏩Adapun Adab Umum Minum,
✅Minum dengan tangan kanan
❎Syaitan minum Dan makan dengan tangan kiri, dan orang yang minum dengan tangan kiri SOMBONG kecuali tiada tangan kanan.
❎Jika kidal sekali pun makan dan minum guna tangan kanan kecuali tiada tangan kanan.
✅Ada kisah, di zaman Nabi salla alahu alaihi wasalam, Nabi telah menegur agar dia menggunakan tangan kanan, tetapi dia masih mengadu beralasan yang dia tidak boleh guna tangan kanan untuk makan/minum, nabi salla allahu alaihi wasalam berkata "boleh", tetapi dia masih beralasan "tidak boleh", nabi salla allahuahu alaihi wasalam menegur dia dengan berkata , "bukan tidak boleh tetapi kerana kesombongan" Asbab itu sehingga hujung nyawanya dia tidak boleh makan dan minum dengan tangan kanan. Engkar kepada teguran Rasulullah salla aallahu alaihi wasalam.
(Ceramah agama yang pernah dengar)
(Ceramah agama yang pernah dengar)
✅Ada kisah nyata yang disampaikan oleh satu tim ruqyah mengenai seorang wanita penghafal quran yang kerasukan. Sungguh menghairankan, bagaimana mungkin syaitan boleh masuk ke dalam tubuh seorang yang banyak berinteraksi dengan al quran?
Salah seorang peruqyah bertanya kepada jin yang sedang beraksi tersebut. Jin itu menjawab melalui lisan wanita tersebut,
”saya sudah lama menunggu untuk boleh masuk ke dalam tubuhnya, saya masuk ke dalam tubuh perempuan ini saat dia minum dengan tangan kiri.”
Minum duduk (Kecuali Air Zam Zam)
- Minum air halal dan berkhasiat
- Minum air jangan membazir
- Minum dari cawan bukan dari jug/cerek/bekas air
- Minum baca bismillah paling kurang
- Minum dengan niat baik, sudahi dengan alhamdulillah
Semoga bermanfaat,
AnNur Hidayatullah
FB : An-Nur Hidayatullah
Email : annurhidayatullah313@gmail.com
AnNur Hidayatullah
FB : An-Nur Hidayatullah
Email : annurhidayatullah313@gmail.com
No comments:
Post a Comment