Sunday, 28 June 2020

DI ANTARA PENGHALANG REZEKI


ﺟﺎﺀ ﺭﺟﻞ ﺇﻟﻰ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﻋﻠﻲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻳﺸﻜﻮ ﻟﻪ ﺍﻟﻔﻘﺮ 
ﻭﻗﻠﺔ ﺍﻟﺮﺯﻕ

Datang seseorang kepada Sayyidina Ali mengeluhkan kemiskinan dan kekurangan rezeki

: ﻓﻘﺎﻝ ﻟﻪ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﻜﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺨﻼﺀ؟
: ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ

Maka beliau berkata kepada orang tersebut :

"Mungkin kamu suka berbicara saat di bilik mandi?"
Dia mengatakan :
"Tidak wahai Amirul Mu'miniin."

 :ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻘﻠﻢ ﺍﻇﻔﺎﺭﻙ ﺑﺎﺳﻨﺎﻧﻚ؟
  :ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu suka menggigit kukumu?"
"Tidak "

 :ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺴﻤﻲ ﺃﺑﻮﻳﻚ ﺑﺎﺳﻤﻴﻬﻤﺎ ؟
 : ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻ ﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu memanggil atau menyebut kedua orang-tuamu dengan nama mereka?"
"Tidak "

 : ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﺮﻙ ﺍﻟﻘﻤﺎﻣﺔ ﻟﻴﻼ ﻓﻰ ﺩﺍﺭﻙ ؟
 : ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu membiarkan sampah bermalam dalam rumah?"
"Tidak "

 :ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻨﺎﻡ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﻭﺿﻮﺀ؟
 : ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu sering tidur tanpa wudhu ?"
"Tidak "

 : ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﻘﺪﻡ ﺃﺑﻮﻳﻚ ﻓﻰ ﺍﻟﻤﺸﻲ ؟
  : ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu suka berjalan mendahului jalannya orang-tuamu ke depan ?"
"Tidak "

: ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻜﻨﺲ ﺩﺍﺭﻙ ﻟﻴﻼ ؟
: ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu sering menyapu rumah di malam hari?"
"Tidak "

: ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻘﻠﻢ ﺍﻇﻔﺎﺭﻙ ﻳﻮﻡ ﺍﻻﺣﺪ؟
: ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu memotong kuku di hari minggu?"
"Tidak "

 : ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺪﻳﻢ ﺍﻟﻠﻌﻦ ﻋﻠﻰ ﺍﺑﻨﺎﺋﻚ؟
: ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ
"Apakah kamu sering mengutuk anak-anak mu?"
"Tidak "

: ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﻠﻘﻲ ﺑﺎﻟﺒﺼﺎﻕ ﻓﻰ ﺑﻴﺖ ﺍﻟﺨﻼﺀ ؟ 
: ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu sering membuang ludah ke kamar mandi?"
"Tidak "

: ﻗﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﺗﺘﺮﻙ ﺍﺳﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ؟ ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﻓﻰ ﺁﺧﺮﻩ ؟
: ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻻﻳﻜﻮﻥ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu tidak baca bismillah sebelum makan ataupun Alhamdulillah setelahnya?"
"Tidak "

: ﻓﻘﺎﻝ
ﻟﻌﻠﻚ ﻻﺗﺪﻋﻮ ﻻﺑﻮﻳﻚ ﻓﻰ ﺍﻟﺼﻼﺓ ؟
: ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﺟﻞ
ﻧﻌﻢ ﻳﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﻫﻮ ﺫﻟﻚ
"Mungkin kamu tidak mendoakan kedua orang-tuamu saat shalat ?"
"Iya benar wahai Amirul Mu'miniin itulah kekurangan saya "

ﺭﺑﻲ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﻲ ﻭﻟﻮﺍﻟﺪﻱّ ﻭﻟﻠﻤﺆﻣﻨﻴﻦ ﻳﻮﻡ ﻳﻘﻮﻡ ﺍﻟﺤﺴﺎﺏ ﺁﻣﻴن

Maka minimum bagi seorang anak mendoakan ibu dan ayahnya adalah 5x sehari. Yakni selepas solat 5 waktu.

Apakah yang memberatkan kita mendoakan ibu dan ayah kita?

AnNur Hidayatullah



MENGHISAP GARAM BUKIT

Kelebihan GaramBukit di gandingkan lada hitam & jintan hitam (habbatus sauda).

Ini juga antara kaedah rawatan dalam Islam, bagi mereka yang punya masalah gangguan makhluk halus seperti :
-pemarah
-panas tanpa sebab rasa haba melingkari badan
-sukar tidur
-dingin dengan pasangan
-sakit pada waktu tertentu seperti selepas Asar 
-sakit pada hari tertentu seperti hari Rabu,  Khamis & Jumaat
-sakit kepala berdenyut-denyut
-melelong seperti vertigo

Ada simptom di atas, boleh cuba kaedah ini.
Semoga Allah beri kesembuhan penuh. InsyaAllah.
Aamiin Ya Mujeeb.

AnNur Hidayatullah




MENGAPA PERLU MANDI GARAM BUKIT SEBAGAI TERAPI

==================================
Mengapa Perlu Mandi #GaramBukit? 
==================================
 
Jawapannya mudah sahaja iaitu kerana garam bukit mempunyai cas ion negatif yang mana kita sangat memerlukan ion negatif yang banyak bagi menyeimbangkan persekitaran yang terlalu banyak ion positif.

Ion negatif dalam garam bukit menjadikan darah kita mengalir lebih lancar.

Ini adalah kerana ion negatif dalam garam bukit akan menjadikan darah kita mampu memerangkap banyak oksigen untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita.

Apabila terdapat banyak oksigen, organ-organ dan tisu-tisu badan akan berfungsi dengan lebih baik lagi.

Tiada lagi keletihan dan kelesuan.
Mood menjadi baik.
Fikiran dan hati lapang.

Pengaliran aura positif di setiap sel mula menyebar dengan jayanya.

Tidak percaya? Jom rasa sendiri. InsyaAllah. 

#JomDetoks,
AnNur Hidayatullah




ADAKAH MANDI GARAM SYIRIK?

Adakah Mengamalkan Terapi Mandian Garam Syirik? 

1. Terapi mandian garam di gunakan secara meluas di spa seluruh dunia sebagai bahan efektif merangsang organ, membersihkan kulit,melancarkan perjalanan darah dan membuang toksik dan racun dari badan sekaligus badam lebih segar dan bertenaga.

2. Terapi mandian garam juga terkenal bahkan di guna pakai hampir seluruh dunia untuk merawat penyakit gangguan mistik. Garam antara bahan yang jin syaitan tidak suka. 

3. Sifat garam bukit itu sendiri mempunyai tenaga magnetik semula jadi yang mampu menghalang serta menolak medan negatif.
-Jika di guna dalam mandian perkara negatif di tarik keluar
-Jika di guna sebagai pagar rumah di bina sempadan dari di masuk anasir luar
-Jika di buat sebagai lampu dapat memberi manfaat kesihatan di kawasan tersebut.
InsyaAllah.

4. Manakala, bagaimana terapi mandian garam membantu mencapai hajat kita adalah melalui  konsep "What You FOCUS EXPAND".
- Berhasil dan terkabul hajat apabila fikiran, hati dan rasa kita BEBAS DARI GANGGUAN NEGATIF. - Garam bertindak menolak semua caj ion positif berlebihan yang melemahkan badan, yang menyumbat salur darah dan yang menumpuk pada lingkaran aura kita.
- Menjadi tenang, fikiran mula lapang, hati mula tenang dan getaran pada ukuran yang positif, maka getaran ini menarik getaran positif yang sama yang berada di sekeliling kita.
- Sebab itu sangka buruk menarik hal yang buruk. Sangka baik menarik hal yang baik. 
.
-Garam hanya alat hanya asbab BERJAYA itu HAQ ALLAH.
.
-Dan Allah jadikan setiap ciptaannya ada manfaat untuk di gunakan oleh manusia.
.
-Kita menggunakan nikmat Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat di atas jalan yang benar dengan niat yang lurus.
.
-Ikhtiar untuk kebaikan dan kesembuhan. 

AnNur Hidayatullah 
#JomAmalTerapiMandianGaram



MANDI GARAM DETOKS AURA NEGATIF

1. Umumnya, setiap hari manusia pasti akan berfikir, sama ada tentang masa lalu, masa kini, masa depan, tentang urusan-urusan harian dan sebagainya.

2. Terdapat pelbagai cetusan fikiran setiap hari, yang dicetuskan oleh minda kita daripada pelbagai arah dan tentang pelbagai perkara.

3. Dari segi sains, otak normal seseorang manusia mampu mencetuskan kira-kira 60,000 cetusan fikiran sehari.

4. Menurut kajian Fizik Kuantum, setiap cetusan fikiran mempunyai gelombang (frekuensi). 

5. Otak manusia mengeluarkan frekuensi setiap kali manusia itu berfikir dan frekuensi ini mempunyai signal magnetik yang sangat kuat.

Jom jujur dengan diri sendiri dan jawab soalan di bawah: 

-Dari 60 000 lintasan fikiran, adakah 60 000 lintasan fikiran itu 100% ketenangan, sangka baik & fikiran positif?

-Dari 60 000 lintasan fikiran kita itu banyak yang POSITIF @ NEGATIF?

-Dari 60 000 lintasan fikiran kita itu adakah banyak ketakutan, kekesalan, trauma, rendah diri, sangkaan buruk dengan qada qadar Allah, rungutan kesempitan wang, kerisauan tentang duit untuk bayar bil, kerisauan tiada pembeli, kerisauan hal hal yang belum terjadi?

Haaa kalau banyak yang NEGATIF dari yang positif. Itu tandanya MEDAN AURA kita sudah tercemar & bocor.

Bagaimana cara untuk kita menampal kebocoran MEDAN AURA & pulihkan MEDAN AURA kita?  

Mudah sahaja!

Hanya dengan mengamalkan setiap hari konsisten:
➡Terapi Mandian Garam Al-Milhu Haya' DIY di rumah sahaja. 
Lebih Tenang. Lebih Gembira. Lebih Fokus.


AnNur Hidayatullah 


Tuesday, 4 February 2020

‘NIAT’ KUNCI KEBERHASILAN

BAB 3 : ‘NIAT’ KUNCI KEBERHASILAN


Luruskan Niat Mu Hanya Kerana Allah!

Wasiat Nasihat Sayyidina Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran.
Manusia punya dua sayap yang dapat ia gunakan untuk terbang ke tempat yang mulia, iaitu Niat dan Himmah( semangat, tekad).
.
Sedangkan penghuni zaman ini berpijak pada salah satu diantara keduanya.
1) Ada yang memiliki niat, tapi tidak memiliki himmah.
2) Ada yang himmahnya besar, tapi belum memiliki niat.
.
Jika seseorang punya niat, kemudian memperoleh himmah, maka Allah SWT akan memperhatikannya dan akan menyampaikannya pada tujuan.
.
Niat itu sebelum himmah dan himmah sebelum amal.
.
“Niat itu seperti surat, tersalah tulis alamat akan sampai salah tempat”
.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab r.a katanya : “ Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat dan setiap seorang itu mendapat (pahala) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Dan sesiaSupaya g berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang diniatkannya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
.
.
.
1. Niat merupakan antara syarat sah ibadat, tanpa niat jadilah perkara tersebut sekadar hanya satu perbuatan.
.
2. Apabila sesuatu perkara itu menjadi ibadat dengan niat, maka akan ada pahalanya tersendiri yang mana mengikut kepada keikhlasan yang disertakan.
.
3. Binalah niat yang berlandaskan syariat, Allah & Rasulullah salla allahu alaihi wasalam REDHA
.
4. Apabila penat, niat itulah penyelamat. Apabila hilang punca, niat itulah pemandunya. Mana mungkin perkara yang dilakukan kerana Allah tidak mendapat pertolonganNya. Mana mungkin perkara yang dilakukan kerana Allah menyebabkan kita putus asa di pertengahan jalan perjuangan kita. Maka pastikanlah niat kita dari awal itu sentiasa benar, sekiranya tersasar maka perbaharuilah niat tersebut sentiasa.
.
.
.
APA NIAT KITA ? FIKIR SEBENTAR
.
MENGAPA MAHU KAYA? 
MENGAPA MAHU CANTIK? 
MENGAPA MAHU SIHAT? 
MENGAPA MAHU BERNIKAH? 
MENGAPA MAHU HEBAT? 
MENGAPA? UNTUK SIAPA? KERANA APA? TUJUAN? ALLAH REDHA?
.
Saya nak cantik untuk suami, supaya suami sayang. Berapa ramai yang cantik tetapi suami abaikan,pukul, cerai, seksa dan bermacam lagi. Ada juga suami yang cari perempuan lain lagi? 
Di mana Allah dalam NIAT ini?
.
Saya nak sihat, supaya bahagia. Supaya tidak perlu menanggung sakit.
Di mana Allah dalam NIAT ini?
.
Saya nak bernikah sebab umur sudah lebih, ibu ayah bising. Apa tujuan sebenar nikah?
.
Di mana Allah dalam NIAT kita ini?
.
.
.
DALAM NIAT WAJIB SANDARKAN NIAT KITA KEPADA ALLAH & RASULULLAH SALLA ALLAHU ALAIHI WASALAM YANG UTAMA!
.
MENGAPA?
NIAT itu adalah kekuatan kita.
.
Kita kata kita cantik untuk suami, tetapi apabila suami tidak hargai, suami buat tidak peduli SAKIT HATI. Pastinya, kita akan mengungkit, “Aku buat itu ini, aku korban itu ini, tetapi sikit pun tak pandang”
-Akhirnya, kita tertekan, kita bingung, kita marah dengan Allah, kita persoal Allah. Ya Saalam.
.
Sedangkan, jika kita pasang niat aku berbakti & berkhidmat untuk suami sebab aku nak taat Allah & Rasulullah salla allahu alaihi wasalam HATI PASTI TENANG. 
.
TENANG mengingat Allah berjanji barang siapa yang taat, barang siapa yang sabar di sisiNya pasti ada ganjaran terbaik disediakan.
.
Apabila niat benar, andai kita kecewa sekali pun, kekecewaan itu tidak akan lama, kerana kita sedar ADA Allah yang menjaga urusan kita dan mentadbir hidup kita.
.
Sama juga, apabila kita sakit, kita mahu sembuh. Namun, kita tidak pernah tahu, mahu sembuh ini untuk apa?

Adakah kita pernah muhasabah diri kita, nikmat sihat selama ini kita manfaatkan untuk apa?

Adakah nikmat sihat Allah beri kita gunakan sebaiknya pada jalan yang Allah redha?

Jika niat mahu sembuh ada kita niat untuk tambah amal ibadah kepada Allah?

Atau yang kita nampak hanya sakit, masalah dan bebanan sehingga gagal melihat PANGGILAN PENUH CINTA DARI ALLAH.

Sakit ini ujian yang menghapus dosa.
Allah hantar supaya kita koreksi diri, betulkan apa yang salah.

Tetapi kita tidak perasan, yang kita FOKUS sihat sebab mahu DUNIA.

Allah HADIAH kan sakit sebab SAYANG.
Jika tidak sayang Allah pasti biarkan sahaja kita bergelumang dosa sehingga memberatkan urusan kita di akhirat kelak.

PANDANGLAH DENGAN KACA MATA RAHMAT, sesungguhnya Allah sedang BERI kita PELUANG untuk TEBUS KESALAHAN KITA.
Terima dengan REDHA, TAUBAT & UBAH.




Allah Maha Baik! 

.

Nikah?

SEBAB apa? Saja-saja? Suka-suka?

Ada pernah tambah ilmu,  sertai kelas,  sertai seminar Dan beli buku pelajari bab nikah Dan rumah tangga dalam Islam?

Ada ambil tahu niat nikah oleh para ulama?
Ada usaha belajar ilmu-ilmu syariat berkaitan nikah?
Ada belajar tanggungjawab dan ilmu mendidik anak-anak?

Niat perlu jelas, jangan nikah tanpa niat yang benar akhirnya MASJID yang di bina bakal di robohkan semudahnya walau dengan hal remeh yang pelik-pelik.
.
.
.
1.     Sayyidina Umar bin Khattab pernah berkata, “Amalan yang paling sempurna ialah dengan melakukan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah -subhanahu wa ta’ala-, dan waro’ (hati-hati) terhadap segala yang di larang atau di haramkan oleh Allah -subhanahu wa ta’ala-, serta jujur dalam berniat mahupun dalam beribadah kepada Allah -subhanahu wa ta’ala-”.
2.      Dikatakan oleh sebagian orang salaf, “Sungguh sesuatu yang bernilai kecil, akan menjadi besar nilainya jika dilandaskan dengan niat yang baik. Dan begitu pula sebaliknya, sesuatu yang nilainya besar, akan menjadi kecil, itu semua tergantung pada niatnya”.
3.      Yahya bin Abi Katsir pernah berkata, “Pelajarilah sebuah niat, karena niat tersebut lebih sulit apabila dibandingkan dengan amalan yang dia niatkan”.

BERAPA KALI KITA PERBAHARUI NIAT?
-JOM PERBAHARUI NIAT SETIAP HARI. 
- JOM BINA & BETULKAN NIAT KITA KEMBALI
NIAT UNTUK SETIAP PERBUATAN SUPAYA MENJADI IBADAH

Di akhir tulisan ini mari kita bersama-sama hayati atsar, berikut:

أَنَّ الْمَلَائِكَةَ صَعَدُوْا بِصَحِيْفَةِ الْعَبْدِ إِلَى اللهِ تَعَالَى، يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَي لَهُمْ سُبْحَانَهُ: اُكْتُبُوْا لَهُ كَذَا وَكَذَا، فَيَقُوْلُوْنَ: إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْهُ، فَيَقُوْلُ تَعَالَي إِنَّهُ نَوَاهُ.
“Sesungguhnya malaikat melaporkan catatan amal hamba kepada Allahu dan Allah berfirman: “Tulislah untuknya seperti ini, dan seperti ini.”  Malaikat pun bertanya: “Ya Tuhan ia belum melakukannya? Maka Allah pun menjawab: “Sesungguhnya ia telah niat.”
(Lihat dalam “Nashaih ad-Diniyyah” karya Imam al-Haddad dalam pembahasan doa-doa).
.
Imam Junaid al-Baghdadi rahimahullah berkata,
"Siapa yang membuka diri untuk 1 pintu niat yang baik, Allah akan membukakan baginya 70 pintu taufik."
"Dan siapa yang membuka diri untuk 1 pintu niat yang buruk, nescaya Allah akan membukakan baginya 70 pintu keterlantaran (yang tewas/kalah/rugi)."
(Kitab Tadzkir anNas, Habib Ahmad bin Hassan al-Attas)
.
Baiknya, Allah sehingga niat kita juga diberi PAHALA. 
Jadi mari bersama-sama kita perbanyakkanlah niat-niat yang soleh.  
.
.
.
AnNur Hidayatullah

RESET DIRI, BETULKAN SANGKAAN DENGAN ALLAH

BAB 2 : RESET DIRI, BETULKAN SANGKAAN DENGAN ALLAH




Allah سبحانه وتعالى mengikut sangkaan hambanya Maksudnya, Allah سبحانه وتعالى menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. 
.
Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah سبحانه وتعالى akan mudah mengabulkan. 
.
Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.
.
.
.
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
.
.
.
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnudzon pada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya.
.
.
.
Mengenai makna hadith di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah سبحانه وتعالى akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubat jika hamba itu mohon taubat. Allah سبحانه وتعالى akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allah سبحانه وتعالى akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lain berkata maknanya adalah berharap kepada Allah سبحانه وتعالى dan meminta ampunaNya.”
(Syarh Muslim, 17 : 2).
.
.
.

Inilah bentuk husnudzon atau berprasangka baik kepada Allah سبحانه وتعالى yang diajarkan pada seorang muslim.
.
.
.
Jabir berkata bahawa ia pernah mendengar sabda Rasulullah ﷺtiga hari sebelum Baginda wafat,
لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
“Janganlah salah seorang di antara kamu mati melainkan ia harus berhusnudzon pada Allah سبحانه وتعالى.”
(Hadis Riwayat Muslim no . 2877) .
.
.
.

Husnudzon kepada Allah سبحانه وتعالى, itulah yang diajarkan pada kita dalam DOA.
.
Ketika kita berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى kita harus yakin bahawa doa kita akan dikabulkan Allah pada masa sama menjaga diri dari melakukan perkara yang menghalang doa kita dimakbulkan Allah.
.
.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Surah Ghofir / Al Mu’min : 60)
.
.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى lagi,
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah Al Baqarah : 186)
.
.
.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,
لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
“Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah سبحانه وتعالى selain doa.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3370, Ibnu Majah no.3829, dan Ahmad 2 : 362, hasan)
.
.
.
Mereka yang berdoa dari hati yang lalai yakni dari hati yang tidak bersungguh-sungguh, dari hati yang tidak yakin kepada Allah, maka doa-doa mereka ini tidak diterima oleh Allah seperti mana, Rasulullah ﷺbersabda,
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3479, hasan)
.
.
.
Jika doa masih belum dimakbulkan, maka yakinlah bahawa ada sesuatu yang terbaik disebaliknya.
.
Ramai yang berdoa lupa sesungguhnya cara sesuatu doa itu dikabulkan dan waktu doa itu dikabulkan adalah haq Allah swt.
.
Bukankah kita hambaNya, adakah layak untuk kita persoalkan dan mengarah-arah Allah untuk mengabulkan permintaan kita?
.
Analogi mudah, adakah seorang rakyat yang datang menghadap Raja, meminta kepada Raja tersebut pertolongan tetapi meminta dengan lalai, meminta dengan sombong dan meminta dengan perintah? Adakah Raja itu tidak murka?
.
Dengan manusia sahaja kita tahu adab dan batas, apatah lagi ini Rabb sekalian alam, yakni Allah azza wa jalla!
.
Bersangka baiklah kepada Allah, ketahuilah tiada 1 pun doa-doa kita yang tersia-sia. Semuanya didengari Allah. Ada doa di beri ganti yang lebih baik, ada doa disimpan untuk ditebus di akhirat kelak dan hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
.
.
.
Dari Abu Sa’id, Rasulullah ﷺ bersabda,
ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا. قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ
“Tidaklah seorang muslim yang memanjatkan doa kepada Allah selama mana ia tidak melakukan dosa dan memutuskan silaturahmi (antara kerabat) melainkan Allah سبحانه وتعالى akan beri kepadanya tiga hal: 
(1) Allah سبحانه وتعالى akan segera mengabulkan doanya,
(2) Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan
(3) Allah سبحانه وتعالى akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” 
.
Para sahabat radiyallahuanhum lantas mengatakan.
"Jikalau begitu kami akan memperbanyakkan berdoa.”
.
Rasulullah lantas berkata, "Allah سبحانه وتعالى nanti yang memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.”
(Hadis Riwayat Ahmad 3 : 18, sanad jayyid) .

Ibnu Rajab dalam Jaami’ul ‘ Ulum wal Hikam berkata,
فالإلحاحُ بالدعاء بالمغفرة مع رجاء الله تعالى موجبٌ للمغفرة
“Terus meminta dengan doa dan memohon keampunan Allah سبحانه وتعالى disertai rasa penuh harap pada-Nya, adalah jalan mudah untuk mendapatkan maghfiroh (pengampunan-Nya).”
.
.
.
Maka yakinlah akan janji Allah سبحانه وتعالى, husnudzonlah kepada-Nya.
.
Janganlah berprasangka kecuali yang baik-baik tentang Allah سبحانه وتعالى.
.
Dan jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah سبحانه وتعالى dan teruslah berdoa serta memohon pada-Nya kerana itulah sikap seorang HAMBA.
.
.
.
“Ya Allah سبحانه وتعالى! Kabulkanlah dan perkenankanlah setiap doa kami.”

AnNur Hidayatullah