Showing posts with label garam bukit aura rezeki. Show all posts
Showing posts with label garam bukit aura rezeki. Show all posts

Sunday, 28 June 2020

MENGAPA PERLU MANDI GARAM BUKIT SEBAGAI TERAPI

==================================
Mengapa Perlu Mandi #GaramBukit? 
==================================
 
Jawapannya mudah sahaja iaitu kerana garam bukit mempunyai cas ion negatif yang mana kita sangat memerlukan ion negatif yang banyak bagi menyeimbangkan persekitaran yang terlalu banyak ion positif.

Ion negatif dalam garam bukit menjadikan darah kita mengalir lebih lancar.

Ini adalah kerana ion negatif dalam garam bukit akan menjadikan darah kita mampu memerangkap banyak oksigen untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita.

Apabila terdapat banyak oksigen, organ-organ dan tisu-tisu badan akan berfungsi dengan lebih baik lagi.

Tiada lagi keletihan dan kelesuan.
Mood menjadi baik.
Fikiran dan hati lapang.

Pengaliran aura positif di setiap sel mula menyebar dengan jayanya.

Tidak percaya? Jom rasa sendiri. InsyaAllah. 

#JomDetoks,
AnNur Hidayatullah




Saturday, 9 December 2017

MENGAPAKAH MANDI GARAM HARI-HARI PENTING?

MENGAPAKAH MANDI GARAM HARI-HARI PENTING?

Analogi mudah, apakah yang akan berlaku sekiranya lori sampah tidak mengambil sampah selama 2 minggu di taman perumahan kita? 

.

Pastinya sampah akan semakin banyak berlonggok ➡ kemudian akan mula mengundang lalat dan haiwan kotor ➡ sampah akan mula berulat ➡ sampah akan membusuk ➡ suasana di tempat sampah sangat kotor. 

.

Hal yang sama juga berlaku apabila dalaman dan aura kita tercemar.

Apabila kita asyik berfikir negatif, rasa negatif, takut, trauma, marah dan benci ➡ Setiap rasa itu berkumpul dan bertambah dalam fikiran ➡ Fikiran menjadi stress & tertekan ➡ Menghantar signal negatif kepada seluruh sel tubuh badan kita ➡ Sel dalam tubuh badan kita menerima mesej negatif telah menjadi rosak dan tercemar ➡ Sistem tubuh badan kacau ➡ Imuniti badan melemah ➡ Muncul pelbagai penyakit ➡ Fikiran fokus kepada yang negatif & hilang pertimbangan ➡ Fikiran mengulang-ulang hal negatif  ➡ Fikiran membina persepsi sendiri ➡ Perasaan mula penuh dengan syak wasangka ➡ Mula menarik masalah dan hal hal yang ditakuti & dibenci !

.

.

.

Kumpul kumpul kumpul apa yang terjadi?

Hormon kortisol meningkat ➡ Mengalami stress ➡ Kesihatan merudum ➡ Muncul penyakit ➡ Sistem imun badan melemah ➡ Dalam hal kehidupan menarik masalah

.

Kerana itu AURA dalaman harus dibersihkan dengan selawat secara konsisten minimum 300x dan konsisten amalkan terapi mandian garam hari-hari. Kerana hari-hari kita sentiasa berfikir dan berhubung dengan manusia.

.

Adakah anda mempunyai lebih dari 3 keadaan di bawah?  Segera amalkan siraman mandi garam.

❌️ Resah gelisah, tidak tenang
❌️ Stress/kemurungan
❌ Tidak suka bergaul
️❌ Ragu diri, Takut
️❌ Kurang keyakinan diri
️❌ Gangguan emosi, cepat pemarah, sedih
️❌ Tidak bersemangat untuk bekerja
️❌ Histeria / gangguan makhluk halus
️❌ Berfikiran Negatif
️❌ Kurang disenangi oleh orang lain
️❌ Malang bertimpa-timpa
️❌ Business kurang menjadi
️❌ Rezeki susah dapat
️❌ Mudah ditimpa sakit aneh
️❌ Sukar mendapat jodoh
️❌ Wajah yang tidak bermaya / nampak tua  / nampak suram

Jom amalkan terapi mandian garam,

An-Nur Hidayatullah 






Wednesday, 12 July 2017

KAEDAH PULANGKAN SIHIR YANG BERULANG : TESTIMONI PENGGUNA GARAM AURA


==============================
Pulangkan Sihir Menggunakan Yassin
==============================
Bismillahirahmanirahim.

Apa yang bakal di kongsi di sini adalah beberapa kaedah menggunakan Yassin dalam usaha memulangkan sihir.

Ramai yang mempersoal, berdosakah kerana memulangkan sihir ?

Analoginya begini, ada orang datang pukul, jijak, tampar,cucuh dan bakar kita adakah kita akan hanya berdiam diri dan pasrah ?  Dan berkata, "tidak mengapalah,aku terima"
Islam itu bukan agama yang menyuruh penganutnya bersikap jahil sebegitu. Sedangkan kita memukul orang dengan sengaja pun ada hukuman QISAS lagikan sihir. Di zaman Nabi Sulaiman a.s semua tukang sihir akan dibunuh.

Jadi hari ini, sebagai perkongsian ringkas ada beberapa kaedah memulangkan sihir yang sering berulang & kembali. Yang mana DUIT sudah habis ratusan ribu untuk rawatan. Namun kesembuhan tidak kunjung tiba.

Jangan sedih jika anda mangsa sihir, kerana :
1) Doa anda mustajab tanpa hijab (doa orang teraniaya)
2) Allah mengangkat darjat anda
3) Allah mahu mengurniakan syurga tanpa hisab (jika meninggal di sebabkan sihir)
4) Allah mahu anda luangkan banyak masa denganNya
Bersihkan kolam jiwa anda. Bersabar. Bersangka baik.

KAEDAH PULANGKAN SIHIR :

1) Membaca Yassin 40x (sekaligus dengan niat Allah menghantar tentera dan bantuan ke atas diri kita)

2) Membaca Yassin 7 mubin

3) Membaca Yassin Fadhilah

4) Membaca Yassin tetapi ketika sampai pada ayat ke 58, ulang ayat 58 sebanyak 99x tidak lebih & tidak kurang. Kemudian sambung bacaan sehingga akhir.

5) Membaca Yassin 44x pada 44 biji lada hitam. Caranya, ambil sebiji lada hitam genggam pada tangan dengan niat "YaAllah masukkanlah segala penyakit,racun sihir dan sihir dalam tubuh badan aku ke dalam lada hitam ini" Genggam dan baca Yassin seperti biasa. 1kali bacaan Yassin - 1 biji lada hitam. Boleh buat sekali sehari, kumpulkan 44biji lada hitam tersebut. Sudah cukup 44biji, sangai atas api dengan niat Allah hancurkan sihir dalam badan. Kaedah ini tidak pulangkan sihir namun selepas di buat anda akan rasa badan anda jauh lebih sihat dan banyak perubahan.

6) Hanya membaca ayat 58 dari surah Yassin semasa sedang sakit mahupun tidak sebanyak 133x / 233x / 333x / 433x dengan syarat dibelakangnya mesti nombor 33

Berkaitan bilangan bacaan semuanya ada khasiat dan manfaat tersendiri. Jangan suka ikut logik akal atau gabungkan kaedah sesuka hati, atau baca lebih-lebih kerana bakal buat anda jadi gila. Sebab itu perlu belajar & berguru.

Apa yang dikongsi di atas dari amalan yang diberi dan didapatkan daripada pengamal dan peruqyah. Di kongsi kepada mereka yang sangat memerlukan.

Semoga bermanfaat dan di doakan kepada semua mangsa sihir di beri kesembuhan bijahi mustafa Rasulillahi salla allahu alaihi wasalam. Aamiin Ya Rabb.




TESTIMONI MANGSA SIHIR & GANGGUAN YANG MENJADIKAN TERAPI MANDIAN GARAM AURA WAJIB SETIAP HARI SEBAGAI PENDINDING









FB Page : An-Nur Hidayatullah