Showing posts with label sihir berulang. Show all posts
Showing posts with label sihir berulang. Show all posts

Tuesday, 31 October 2017

PETUNJUK DI SIHIR MELALUI MIMPI

  • Mimpi orang mengejar dan mahu  membunuh kita
  • Mimpi di patuk ular hitam/ di kejar ular hitam
  • Mimpi di puja
  • Mimpi tempat kotor
  • Mimpi tempat ibadah agama lain
>> Sihir tingkat pertengahan



Jika merujuk kepada Syeikh Abderraof Ben Halima kita boleh untuk berlawan dan membunuh tukang sihir dan musuh di dalam mimpi. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana kekuatan rohani seseorang mampu mengawal situasi di dalam mimpi. Jika jiwa di lazimi dengan zikir kepada Allah, menjaga adab sebelum tidur InsyaAllah individu itu akan lebih kuat. 

Bahkan ada individu yang bukan Islam, mengadu kepada Syeikh bahawa dia telah berupaya mengejar dan memukul tukang sihir di dalam mimpi mengikut saranan dari Syeikh. Justeru, kita sebagai Islam bahkan beriman perlu lagi yakin dan kuat.


Terdapat juga pesakit mengadu, setiap kali dia bermimpi bergaduh dengan ibunya bahkan di dalam mimpi ibunya akan cuba membunuh dia. Setiap kali dia bermimpi begitu esoknya pasti dia akan bergaduh besar dengan ibunya. Mahupun ibunya akan mula mencari gaduh untuk hal kecil. Pesakit kami ini terkena Sihir Pemisah.

Bahkan ada sihir yang boleh di hantar melalui mimpi.
Mungkin ramai yang menganggap hal mimpi ini sekadar bunga tidur mahupun mainan syaitan. Mimpi juga boleh datang sebagai isyarat mahupun penunjuk.


Apa yang perlu anda lakukan bila mengalami mimpi buruk ?

  • Baiklah,walau apa jenis mimpi buruk yang di hadapi,mimpi aneh, mahupun mimpi yang membawa resah.

  • Bangun tidur dan baca 3kali taawuz (auzubillahiminasyaithonnirrojim) kemudian ludah ke kiri 3x sambil bayangkan mimpi tersebut seperti anjuran Rasulullah salla allahu alaihi wasalam.


  • Jangan sesekali menceritakan mimpi buruk.



Sebagaimana diterangkan Rasulullah salla allahu alaihi wasalam dalam hadith, mimpi buruk berasal dari Syaitan. Entah mimpi itu tidak disukai, mimpi yang menakutkan ataupun mimpi yang menyedihkan; ketiganya termasuk dalam kategori mimpi jenis ini.
Bagaimana jika kita mimpi buruk? Lakukanlah enam langkah sebagaimana tuntunan Rasulullah salla allahu alaihi wasalam ini, insya Allah tidak akan ada hal membahayakan yang akan menimpa.

  • Taawudz

Begitu terbangun dari mimpi buruk, segeralah berlindung kepada Allah dengan membaca ta’awudz; a’udzu billahi minasy syaithanir rajiim (aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk).

الْحُلْمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ فَلْيَتَعَوَّذْ مِنْهُ وَلْيَبْصُقْ عَنْ شِمَالِهِ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ

“Mimpi buruk berasal dari setan, maka jika salah seorang diantara kalian bermimpi buruk, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah karenanya” (HR. Al Bukhari)
Disunnahkan bacaan ta’awudz ini
tiga kali sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadits lainnya.
  • Meludah Kiri 3 Kali

Setelah berlindung kepada Allah, hendaklah orang yang bangun dari mimpi buruk meludah ke kiri tiga kali.

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ

“Apabila salah seorang kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disenanginya, maka hendaklah ia meludah ke kiri tiga kali, berlindunglah kepada Allah dari gangguan syetan tiga kali…” (HR. Muslim)

Dalam hadith ini, urutannya adalah meludah dahulu, baru membaca taawudz.

  • Solat

Langkah ketiga adalah solat. Jika taawudz adalah meminta perlindungan Allah dengan ucapan, solat adalah meminta pertolongan Allah dengan ucapan sekaligus perbuatan. Untuk menunaikan shalat, seseorang muslim harus berwudhu terlebih dahulu, sedangkan wudhu juga menjaga seseorang dari gangguan syaitan.

فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ

“Karena itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian shalatlah…” (HR. Muslim)

  • Mengubah posisi tidur

Setelah solat, mungkin seseorang yang telah bermimpi buruk ingin tidur lagi. Rasulullah salla allahu alaihi wasalam mengajarkan, hendaknya orang yang telah bermimpi buruk mengubah posisi tidurnya.

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ

“Apabila salah seorang kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disenanginya, maka hendaklah ia meludah ke kiri tiga kali, berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali, dan mengubah tidurnya dari posisi semula.” (HR. Muslim)

  • Tidak menceritakan mimpi

Mimpi buruk tidak boleh diceritakan kepada siapapun; baik kepada keluarga mahupun kepada orang lain.

فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يُحِبُّ فَلَا يُحَدِّثْ بِهِ إِلَّا مَنْ يُحِبُّ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَلْيَتْفِلْ ثَلَاثًا وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ

“Siapa yang bermimpi yang tidak disukainya, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatannya dan dari kejahatan syaitan, dan hendaklah meludah tiga kali dan jangan menceritakannya kepada seorang pun, nescaya mimpi itu tidak membahayakannya.” (HR. Al Bukhari)

  • Tidak menafsirkan mimpi dengan penafsiran negatif 

Rasulullah salla allahu alaihi wasalam menjelaskan bahawa mimpi-mimpi itu tidak akan terjadi kecuali setelah ditafsirkan. Kerananya, kalaupun terpaksa menafsirkan mimpi, maka tafsirkanlah dengan hal-hal yang baik atau positif.

الرُّؤْيَا عَلَى رِجْلِ طَائِرٍ مَا لَمْ تُعْبَرْ فَإِذَا عُبِرَتْ وَقَعَتْ

“Mimpi itu berada di kaki burung (mengambang) selama tidak di ta’birkan/ditafsirkan, jika dita’birkan boleh jadi mimpi itu akan terjadi.”(HR. Ibnu Majah; shahih)

Ramai pesakit yang mengadu bagaimana jika mimpi itu mereka berlawan dan berjaya menewaskan musuh?
>> Bersyukurlah,itu petanda yang baik. Teruskan berlawan dan kuatkan diri.




FB Page : An-Nur Hidayatullah



TESTIMONI GANGGUAN








FB Page : An-Nur Hidayatullah

Wednesday, 12 July 2017

KAEDAH PULANGKAN SIHIR YANG BERULANG : TESTIMONI PENGGUNA GARAM AURA


==============================
Pulangkan Sihir Menggunakan Yassin
==============================
Bismillahirahmanirahim.

Apa yang bakal di kongsi di sini adalah beberapa kaedah menggunakan Yassin dalam usaha memulangkan sihir.

Ramai yang mempersoal, berdosakah kerana memulangkan sihir ?

Analoginya begini, ada orang datang pukul, jijak, tampar,cucuh dan bakar kita adakah kita akan hanya berdiam diri dan pasrah ?  Dan berkata, "tidak mengapalah,aku terima"
Islam itu bukan agama yang menyuruh penganutnya bersikap jahil sebegitu. Sedangkan kita memukul orang dengan sengaja pun ada hukuman QISAS lagikan sihir. Di zaman Nabi Sulaiman a.s semua tukang sihir akan dibunuh.

Jadi hari ini, sebagai perkongsian ringkas ada beberapa kaedah memulangkan sihir yang sering berulang & kembali. Yang mana DUIT sudah habis ratusan ribu untuk rawatan. Namun kesembuhan tidak kunjung tiba.

Jangan sedih jika anda mangsa sihir, kerana :
1) Doa anda mustajab tanpa hijab (doa orang teraniaya)
2) Allah mengangkat darjat anda
3) Allah mahu mengurniakan syurga tanpa hisab (jika meninggal di sebabkan sihir)
4) Allah mahu anda luangkan banyak masa denganNya
Bersihkan kolam jiwa anda. Bersabar. Bersangka baik.

KAEDAH PULANGKAN SIHIR :

1) Membaca Yassin 40x (sekaligus dengan niat Allah menghantar tentera dan bantuan ke atas diri kita)

2) Membaca Yassin 7 mubin

3) Membaca Yassin Fadhilah

4) Membaca Yassin tetapi ketika sampai pada ayat ke 58, ulang ayat 58 sebanyak 99x tidak lebih & tidak kurang. Kemudian sambung bacaan sehingga akhir.

5) Membaca Yassin 44x pada 44 biji lada hitam. Caranya, ambil sebiji lada hitam genggam pada tangan dengan niat "YaAllah masukkanlah segala penyakit,racun sihir dan sihir dalam tubuh badan aku ke dalam lada hitam ini" Genggam dan baca Yassin seperti biasa. 1kali bacaan Yassin - 1 biji lada hitam. Boleh buat sekali sehari, kumpulkan 44biji lada hitam tersebut. Sudah cukup 44biji, sangai atas api dengan niat Allah hancurkan sihir dalam badan. Kaedah ini tidak pulangkan sihir namun selepas di buat anda akan rasa badan anda jauh lebih sihat dan banyak perubahan.

6) Hanya membaca ayat 58 dari surah Yassin semasa sedang sakit mahupun tidak sebanyak 133x / 233x / 333x / 433x dengan syarat dibelakangnya mesti nombor 33

Berkaitan bilangan bacaan semuanya ada khasiat dan manfaat tersendiri. Jangan suka ikut logik akal atau gabungkan kaedah sesuka hati, atau baca lebih-lebih kerana bakal buat anda jadi gila. Sebab itu perlu belajar & berguru.

Apa yang dikongsi di atas dari amalan yang diberi dan didapatkan daripada pengamal dan peruqyah. Di kongsi kepada mereka yang sangat memerlukan.

Semoga bermanfaat dan di doakan kepada semua mangsa sihir di beri kesembuhan bijahi mustafa Rasulillahi salla allahu alaihi wasalam. Aamiin Ya Rabb.




TESTIMONI MANGSA SIHIR & GANGGUAN YANG MENJADIKAN TERAPI MANDIAN GARAM AURA WAJIB SETIAP HARI SEBAGAI PENDINDING









FB Page : An-Nur Hidayatullah