Wednesday, 12 July 2017

KAEDAH PULANGKAN SIHIR YANG BERULANG : TESTIMONI PENGGUNA GARAM AURA


==============================
Pulangkan Sihir Menggunakan Yassin
==============================
Bismillahirahmanirahim.

Apa yang bakal di kongsi di sini adalah beberapa kaedah menggunakan Yassin dalam usaha memulangkan sihir.

Ramai yang mempersoal, berdosakah kerana memulangkan sihir ?

Analoginya begini, ada orang datang pukul, jijak, tampar,cucuh dan bakar kita adakah kita akan hanya berdiam diri dan pasrah ?  Dan berkata, "tidak mengapalah,aku terima"
Islam itu bukan agama yang menyuruh penganutnya bersikap jahil sebegitu. Sedangkan kita memukul orang dengan sengaja pun ada hukuman QISAS lagikan sihir. Di zaman Nabi Sulaiman a.s semua tukang sihir akan dibunuh.

Jadi hari ini, sebagai perkongsian ringkas ada beberapa kaedah memulangkan sihir yang sering berulang & kembali. Yang mana DUIT sudah habis ratusan ribu untuk rawatan. Namun kesembuhan tidak kunjung tiba.

Jangan sedih jika anda mangsa sihir, kerana :
1) Doa anda mustajab tanpa hijab (doa orang teraniaya)
2) Allah mengangkat darjat anda
3) Allah mahu mengurniakan syurga tanpa hisab (jika meninggal di sebabkan sihir)
4) Allah mahu anda luangkan banyak masa denganNya
Bersihkan kolam jiwa anda. Bersabar. Bersangka baik.

KAEDAH PULANGKAN SIHIR :

1) Membaca Yassin 40x (sekaligus dengan niat Allah menghantar tentera dan bantuan ke atas diri kita)

2) Membaca Yassin 7 mubin

3) Membaca Yassin Fadhilah

4) Membaca Yassin tetapi ketika sampai pada ayat ke 58, ulang ayat 58 sebanyak 99x tidak lebih & tidak kurang. Kemudian sambung bacaan sehingga akhir.

5) Membaca Yassin 44x pada 44 biji lada hitam. Caranya, ambil sebiji lada hitam genggam pada tangan dengan niat "YaAllah masukkanlah segala penyakit,racun sihir dan sihir dalam tubuh badan aku ke dalam lada hitam ini" Genggam dan baca Yassin seperti biasa. 1kali bacaan Yassin - 1 biji lada hitam. Boleh buat sekali sehari, kumpulkan 44biji lada hitam tersebut. Sudah cukup 44biji, sangai atas api dengan niat Allah hancurkan sihir dalam badan. Kaedah ini tidak pulangkan sihir namun selepas di buat anda akan rasa badan anda jauh lebih sihat dan banyak perubahan.

6) Hanya membaca ayat 58 dari surah Yassin semasa sedang sakit mahupun tidak sebanyak 133x / 233x / 333x / 433x dengan syarat dibelakangnya mesti nombor 33

Berkaitan bilangan bacaan semuanya ada khasiat dan manfaat tersendiri. Jangan suka ikut logik akal atau gabungkan kaedah sesuka hati, atau baca lebih-lebih kerana bakal buat anda jadi gila. Sebab itu perlu belajar & berguru.

Apa yang dikongsi di atas dari amalan yang diberi dan didapatkan daripada pengamal dan peruqyah. Di kongsi kepada mereka yang sangat memerlukan.

Semoga bermanfaat dan di doakan kepada semua mangsa sihir di beri kesembuhan bijahi mustafa Rasulillahi salla allahu alaihi wasalam. Aamiin Ya Rabb.




TESTIMONI MANGSA SIHIR & GANGGUAN YANG MENJADIKAN TERAPI MANDIAN GARAM AURA WAJIB SETIAP HARI SEBAGAI PENDINDING









FB Page : An-Nur Hidayatullah








Friday, 7 July 2017

VERTIGO - SAINTIFIK ATAU DIPELUK HANTU

بسم الله الرحمن الرحيم 


Hari ini kita akan kupas mengenai masalah yang sering di hadapi oleh mereka yang mempunyai gangguan makhluk halus iaitu vertigo.

Vertigo ini adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh masalah di dalam otak atau pun di dalam telinga.

Perasaan seakan akan berpusing, atau di tarik ke tepi, atau seolah olah hendak jatuh,rasa seperti melayang, merupakan simptom penyakit VERTIGO. Pesakit juga mengalami telinga berdesing, muntah, sakit kepala & berpeluh sejuk secara tiba-tiba.
-----------------------------------------
Vertigo is often triggered by a change in the position of your head.
People with vertigo typically describe it as feeling like they are:
-Spinning
-Tilting
-Swaying
-Unbalanced
-Pulled to one direction
Other symptoms that may accompany vertigo include:
-Feeling nauseated
-Vomiting
-Abnormal or jerking eye movements (nystagmus)
-Headache
-Sweating
-Ringing in the ears or hearing loss
Symptoms can last a few minutes to a few hours or more and may come and go.
-----------------------------------------
Seperti kita tahu syaitan itu berjalan di dalam badan manusia melalui salur darah, dan di sini syaitan memainkan peranan menyempitkan saluran darah sehingga oksigen mencukupi gagal di hantar ke otak sehingga seseorang itu jatuh pitam atau seakan akan mahu pitam. Syaitan juga tidak terkecuali menganggu salur darah dan menyebabkan seseorang itu terkena strok.

Keadaan lebih buruk, apabila keadaan kesihatan kita yang tidak baik seperti lemak dan kolestrol yang menyumbat saluran darah & saraf.
Kes pertama mengikut perkongsian seseorang yang mata batin nya terbuka, ketika beliau pergi ke hospital melihat seorang makcik cina yang tiba-tiba mahu jatuh dan terhuyung hayang, staff hospital memapah dan membantu makcik tersebut, sedangkan katanya ada MAKHLUK BERBULU YANG SEDANG MEMELUK DAN MEMANJAT MAKCIK TERSEBUT.

Kes kedua, keadaan VERTIGO ini merupakan sebahagian daripada SIHIR yang mana, TUKANG SIHIR akan menggantungkan GAMBAR MANGSA yang DIKEPILKAN dengan BAJU MANGSA. Kemudian di gantung di mana-mana kawasan yang sering angin bertiup agar MANGSA seakan terasa diri MELAYANG. Kerana itu berhati-hatilah dalam berkongsi gambar di media sosial kerana kita tidak tahu siapa yang dengki, iri mahupun punya niat buruk.
-----------------------------------------
Ya, gangguan juga menyerang dari luar dan juga dalam. Tanpa benteng yang kuat, memburukkan lagi keadaan kita.
Bagi menarik dan membuang segala caj negatif ini boleh kita amalkan terapi MANDIAN AIR GARAM + SINARAN 7 PURNAMA & MEMAKAI WANGIAN KIJANG PADA 32 POINT DI BADAN.

Hati tanpa zikir, umpama ikan yang tercungap di atas daratan. Kita semakin jauh dari Allah. Untuk pos seterusnya pihak kami akan berkongsi zikir apa yang sesuai di amal seharian.
Nasihat kami dapatkan pemeriksaan doktor dan pada yang sama ikhtiar rawatan islam beserta rawatan alami. 

Berusaha dari segenap aspek. Kami doakan agar semua yang mempunyai penyakit VERTIGO diberi kesembuhan penuh bi jahi mustafa rasulullah salla allahu alaihi wasalam. Aamiin.


Untuk pertanyaan mahupun pembelian klik link di bawah,

**Garam bukit himalaya sudah di adun dengan pati bunga mawar dan di baca doa syifa dan ruqyah. Luruskan niat dan mohon kepada Allah, garam hanya asbab Allah jua yang menyembuhkan dan mengabulkan**

Berminat untuk terapi mandian garam di rumah klik SINI.
FB Page : An-Nur Hidayatullah

Wallahu alam.
Allahuma solli ala sayyidina muhammad, wa ala alihi sayyidina muhammad.