==============================
Pulangkan Sihir Menggunakan Yassin
==============================
Bismillahirahmanirahim.
Apa yang bakal di kongsi di sini adalah beberapa kaedah menggunakan Yassin dalam usaha memulangkan sihir.
Ramai yang mempersoal, berdosakah kerana memulangkan sihir ?
Analoginya begini, ada orang datang pukul, jijak, tampar,cucuh dan bakar kita adakah kita akan hanya berdiam diri dan pasrah ? Dan berkata, "tidak mengapalah,aku terima"
Islam itu bukan agama yang menyuruh penganutnya bersikap jahil sebegitu. Sedangkan kita memukul orang dengan sengaja pun ada hukuman QISAS lagikan sihir. Di zaman Nabi Sulaiman a.s semua tukang sihir akan dibunuh.
Jadi hari ini, sebagai perkongsian ringkas ada beberapa kaedah memulangkan sihir yang sering berulang & kembali. Yang mana DUIT sudah habis ratusan ribu untuk rawatan. Namun kesembuhan tidak kunjung tiba.
Jangan sedih jika anda mangsa sihir, kerana :
1) Doa anda mustajab tanpa hijab (doa orang teraniaya)
2) Allah mengangkat darjat anda
3) Allah mahu mengurniakan syurga tanpa hisab (jika meninggal di sebabkan sihir)
4) Allah mahu anda luangkan banyak masa denganNya
1) Doa anda mustajab tanpa hijab (doa orang teraniaya)
2) Allah mengangkat darjat anda
3) Allah mahu mengurniakan syurga tanpa hisab (jika meninggal di sebabkan sihir)
4) Allah mahu anda luangkan banyak masa denganNya
Bersihkan kolam jiwa anda. Bersabar. Bersangka baik.
KAEDAH PULANGKAN SIHIR :
1) Membaca Yassin 40x (sekaligus dengan niat Allah menghantar tentera dan bantuan ke atas diri kita)
2) Membaca Yassin 7 mubin
3) Membaca Yassin Fadhilah
4) Membaca Yassin tetapi ketika sampai pada ayat ke 58, ulang ayat 58 sebanyak 99x tidak lebih & tidak kurang. Kemudian sambung bacaan sehingga akhir.
5) Membaca Yassin 44x pada 44 biji lada hitam. Caranya, ambil sebiji lada hitam genggam pada tangan dengan niat "YaAllah masukkanlah segala penyakit,racun sihir dan sihir dalam tubuh badan aku ke dalam lada hitam ini" Genggam dan baca Yassin seperti biasa. 1kali bacaan Yassin - 1 biji lada hitam. Boleh buat sekali sehari, kumpulkan 44biji lada hitam tersebut. Sudah cukup 44biji, sangai atas api dengan niat Allah hancurkan sihir dalam badan. Kaedah ini tidak pulangkan sihir namun selepas di buat anda akan rasa badan anda jauh lebih sihat dan banyak perubahan.
6) Hanya membaca ayat 58 dari surah Yassin semasa sedang sakit mahupun tidak sebanyak 133x / 233x / 333x / 433x dengan syarat dibelakangnya mesti nombor 33
Berkaitan bilangan bacaan semuanya ada khasiat dan manfaat tersendiri. Jangan suka ikut logik akal atau gabungkan kaedah sesuka hati, atau baca lebih-lebih kerana bakal buat anda jadi gila. Sebab itu perlu belajar & berguru.
Apa yang dikongsi di atas dari amalan yang diberi dan didapatkan daripada pengamal dan peruqyah. Di kongsi kepada mereka yang sangat memerlukan.
Semoga bermanfaat dan di doakan kepada semua mangsa sihir di beri kesembuhan bijahi mustafa Rasulillahi salla allahu alaihi wasalam. Aamiin Ya Rabb.
TESTIMONI MANGSA SIHIR & GANGGUAN YANG MENJADIKAN TERAPI MANDIAN GARAM AURA WAJIB SETIAP HARI SEBAGAI PENDINDING
FB Page : An-Nur Hidayatullah
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
ReplyDeleteSaya seperti ade termakan makanan dari ilmu guna-guna, setiap hari ada benda halus di hantar kepada saya, bergerak-gerak dikulit, masuk ke rongga telinga, hidung dan punggung ...
email : tubuhsatu@gmail.com
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan yang dicintai Allah & dicintai Rasulullah saw.
Delete1. Sediakan 1botol air 5liter @ 10liter
2. Baca surah alFatihah 40x pada air tersebut
Minum setiap hari air yang di baca surah alFatihah 40x.
Campur 1cawan air yang di baca surah alFatihah 40x, dengan air siraman garam untuk mandi setiap hari.
Amalkan setiap hari berturut-turut.
21hari @ 40hari @ 90hari.
***Air di dalam botol perlu ditambah. Jangan dihabiskan semua. Ulang baca surah alFatihah 40x setiap 2minggu pada hari Jumaat.
Salam, macam mana cara nk buat yaasin 40 kali tu?
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteIzinkan saya beramal.
Terima kasih ustaz.